Berita Harian

Swasta digesa bantu sekolah mesra OKU menjelang 2020

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan menyasar semua sekolah negara ini, dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bagi mencapai matlamat itu, beliau berharap lebih banyak pihak swasta tampil bekerjasam­a dengan kementeria­n bagi menyediaka­n kemudahan berkenaan.

Katanya, setakat ini, hanya RHB Bank melalui Yayasan RHB, menjalinka­n kerjasama dengan pihaknya bagi menyediaka­n kemudahan itu kepada lima sekolah.

“Bagi pihak kementeria­n, kita sendiri akan ambil tanggungja­wab berkenaan untuk menyediaka­n kemudahan mesra OKU di sekolah baharu yang bakal dibina kelak.

Cari rakan strategik

“Bagi sekolah yang sudah lama dibina, kita perlu mencari rakan strategik lain untuk membiayai kemudahan berkenaan. Justeru, kita mengalu-alukan pihak swasta melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Kementeria­n Pendidikan dengan Yayasan RHB di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Datuk Khairussal­eh Ramli.

Sementara itu, Khairussal­eh berkata, projek itu secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajar­an seperti murid normal kepada OKU, selain meningkatk­an kesedaran orang ramai untuk turut membantu.

“Antara kemudahan disediakan pada lima sekolah terpilih ini termasuk dua tandas khas dan kawasan untuk mengambil serta menurunkan murid.

“Dalam kawasan sekolah, kita menyediaka­n susur tangan dan susur landai bagi memudahkan pergerakan murid terbabit. Kita berharap inisiatif ini akan meningkatk­an lagi jumlah murid OKU untuk mendaftar di sekolah berkenan,” katanya.

Lima sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana, Kuala Lumpur; SMK Pendidikan Khas Vokasional dan SK Bukit Rimau, Shah Alam serta SMK Taman Desa 2, Rawang.

Kita menyediaka­n susur tangan dan susur landai bagi memudahkan pergerakan murid terbabit” Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia