Berita Harian

Yayasan Eco World taja sisipan Didik

Bantu perkasa pendidikan guna bahan belajar dalam kelas

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Penggunaan sisipan Didik terbitan BH, sebagai bahan pengajaran dan pembelajar­an (PDP), disifatkan mampu menggalakk­an tabiat serta minat membaca dalam kalangan pelajar, sekali gus berkesan untuk mengetahui pelbagai isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sisipan Didik dapat membantu pelajar terutama calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meningkatk­an kefahaman merangkumi pelbagai topik mata pelajaran dan teknik menjawab soalan disediakan.

Katanya, Yayasan Eco World menitikber­atkan aspek pendidikan yang dapat memanfaatk­an pelajar secara keseluruha­n, selain usaha berterusan­a melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Bantu murid

“Usaha murni bukan setakat membantu pelajar yang memerlukan, malah ia adalah salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Yayasan Eco World dalam membantu memperkasa bidang pendidikan di negara ini melalui penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pembelajar­an dalam kelas.

“Pelajar boleh mendapatka­n pelbagai maklumat tambahan di dalam sisipan ini (Didik) kerana kebanyakan soalan dan latihan ulang kaji yang diketengah­kan menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Belajar@bh dan Majlis Penyerahan Tajaan Akhbar BH Didik, di SK Brickfield­s 1, semalam.

Pada majlis itu Yayasan Eco World turut menyerahka­n cek sumbangan tajaan akhbar BH Didik bernilai RM20,930 kepada Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Yang turut hadir ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Eco World, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhish­am Othman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Eco World, Philip Mathews.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, Datuk Liew Siong Sing, Guru Besar SK Brickfield­s 1, Sabariah Shafiee dan Guru Besar SK Brickfield­s 2, Zaifuddin Baharum.

Pendidikan keselamata­n

Sementara itu, mengulas mengenai insiden lapan remaja lelaki berbasikal maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelah­an Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, awal pagi Sabtu lalu, Lam Thye berkata, aspek pendidikan keselamata­n jalan raya perlu dipertingk­atkan di semua sekolah di negara ini.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Lam Thye dan Mahfar bersama murid SK Brickfield­s (1) dan SK Brickfield­s 2 pada majlis penyerahan tajaan akhbar BH Didik, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Lam Thye dan Mahfar bersama murid SK Brickfield­s (1) dan SK Brickfield­s 2 pada majlis penyerahan tajaan akhbar BH Didik, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Murid dua sekolah bersama sisipan Didik.
Murid dua sekolah bersama sisipan Didik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia