Berita Harian

Seminar PT3 BH padat info terkini

Kaedah digunakan penceramah mudahkan pelajar menguasai subjek

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Pelbagai kaedah digunakan termasuk teknik nyanyian dalam pembelajar­an subjek Bahasa Inggeris (BI) berjaya menambat hati pelajar yang menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) BH Minda yang diadakan di Balai Berita, The News Straits Times (NSTP), Bangsar di sini, baru-baru ini.

Pelajar didedahkan dengan sukatan pembelajar­an terkini termasuk cara tersendiri digunakan penceramah Bahasa Inggeris, yang mengubah lirik lagu sebagai cara mudah pelajar menguasai subjek itu.

Selain itu, pendedahan kaedah menjawab soalan PT3 secara berkesan daripada guru pakar bagi subjek masing-masing juga berjaya mengundang keterujaan kepada peserta seminar berkenaan.

Seramai 85 pelajar termasuk dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, SMK Victoria, SMK Jinjang dan Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) menyertai seminar dua hari itu.

Mudah fahami subjek

Sementara itu, pelajar ditemui memberi maklum balas positif dan berpuas hati kerana mendapat banyak panduan menjawab soalan sebagai tambah nilai yang mereka peroleh selain di dalam bilik darjah.

Rata-rata pelajar yang menyertai seminar itu juga pernah mengikuti program pendidikan sama anjuran BH sebelum ini.

Subjek Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik

Seminar bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.45 petang

Pelajar SMK Jinjang, Adeeb Mahfuz Rosli yang pernah menyertai klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini, mengambil peluang keemasan itu untuk hadir kali kedua bagi mengikuti Seminar PT3 tahun ini.

“Teknik pembelajar­an padat dengan info dan panduan yang boleh saya gunakan untuk peperiksaa­n PT3 nanti. Saya suka cara penceramah BI mengajar menggunaka­n teknik nyanyian kerana menaikkan semangat pelajar selain memudahkan kami untuk memahami subjek berkenaan,” katanya.

Pelajar SMK USJ 12, Dania Qistina Aireen Hazry, berkata selain didedahkan dengan soalan terkini, seminar anjuran BH itu juga dikendalik­an guru pakar yang memberi banyak panduan untuk menjawab soalan dengan tepat dalam peperiksaa­n sebenar nanti.

 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Sebahagian pelajar yang mengikuti Seminar PT3 BH Minda di Balai Berita NSTP Bangsar, baru-baru ini.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Sebahagian pelajar yang mengikuti Seminar PT3 BH Minda di Balai Berita NSTP Bangsar, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia