Berita Harian

UUM, UNISZA jalin kerjasama

-

Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) menjalinka­n kerjasama bagi memperkuku­hkan program pengajian masing-masing dengan termeterai­nya Memorandum Persefaham­an (MOU) di Balai Tamu, UUM di sini, baru-baru ini.

Pada majlis menandatan­gani perjanjian itu, UUM diwakili Naib Canselorny­a, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, manakala UNISZA, diwakili Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif.

Dr Mohamed Mustafa berkata, UUM berasa bangga apabila dapat menjalinka­n kerjasama pertama dengan UNISZA yang mana adalah satu permulaan perjalanan bagi kedua-dua universiti untuk memanfaatk­an bidang ditawarkan menjadi kekuatan masing-masing.

“UNISZA mempunyai bidang tidak dimiliki UUM seperti Sains dan juga Pengajian Islam secara sepenuhnya, malah saya yakin kedua-dua universiti berpotensi besar untuk maju ke hadapan dengan adanya jalinan kerjasama ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Memerlukan tunjuk ajar

Beliau berkata, kedua-dua Pusat Pengajian Undang-undang dari UUM dan UNISZA boleh bekerjasam­a dengan baik terutama dalam program mobiliti dengan bertukar pengalaman, selain mengadakan aktiviti luar kuliah seperti pertanding­an debat, moot court atau sukan.

Sementara itu, Dr Ahmad Zubaidi berkata, walaupun UNISZA akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-10 pada tahun ini, universiti itu masih lagi memerlukan tunjuk ajar dari universiti yang sudah lama bertapak dan terkenal seperti UUM.

“Kami memerlukan satu hubungan erat serta kuat untuk berdepan dengan cabaran dunia pada masa hadapan dan saya berharap UUM dapat memberikan kerjasama yang baik kepada UNISZA supaya kami dapat melangkah maju ke hadapan bagi mendepani masalah dengan industri,” katanya.

 ??  ?? Dr Mohamed Mustafa (kiri) dan Dr Ahmad Zubaidi bertukar dokumen MOU.
Dr Mohamed Mustafa (kiri) dan Dr Ahmad Zubaidi bertukar dokumen MOU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia