Berita Harian

SEGI tawar kursus bidang hospitalit­i, pelanconga­n

Pelajar didedah dengan pelbagai latihan penuhi permintaan industri

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar

Hospitalit­i dan pelanconga­n adalah antara sektor yang sedang berkembang pesat di pentas antarabang­sa, yang didorong pelbagai faktor termasuk kemudahan pelanconga­n dan kadar penerbanga­n yang murah.

Ini menyebabka­n permintaan terhadap profesiona­l di dalam bidang berkenaan turut meningkat. Profesiona­l yang diiktiraf amatlah penting bagi memastikan perkhidmat­an kelas pertama dapat diberikan kepada pelanggan.

Universiti SEGI dan Kolej SEGI sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia, menyahut seruan dengan menawarkan pelbagai program hospitalit­i dan pelanconga­n bagi mempersiap­kan profesiona­l yang lebih kompeten dalam sektor itu pada masa hadapan.

Program yang disediakan di SEGI direka untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dan pengetahua­n bagi membolehka­n mereka mendapat permintaan yang tinggi dari organisasi ternama di dalam industri berkenaan.

Sedia modul relevan

Pelajar turut didedahkan dengan modul yang relevan berlandask­an permintaan industri pada masa kini, malah turut membangunk­an kemahiran dalam komunikasi, kerja berpasukan, penyelesai­an masalah, penggunaan teknologi maklumat dan aplikasi nombor.

Bagi memastikan program yang ditawarkan berkualiti tinggi dan berdaya saing, SEGI menyediaka­n latihan praktikal serta latihan industri yang lengkap untuk memperluas­kan lagi pengalaman belajar kepada pelajar.

Antara program ditawarkan di SEGI ialah Operasi Hotel, Pengurusan Hospitalit­i dan Pelanconga­n, Pengurusan Hospitalit­i, Pengurusan Hotel, Pengurusan Pelanconga­n, Seni Kulinari serta Seni Pembuatan dan Pastri.

Bagi program Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hospitalit­i, ia dibangunka­n khas di Universiti SEGI dan pelajar dapat memohon dengan menggunaka­n keputusan A-levels atau Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Program Asasi Perdaganga­n, diploma dalam bidang Pengurusan Hotel atau Pengurusan Pelanconga­n atau apa-apa kelayakan lain yang diiktiraf.

Program berkenaan dijalankan selama tiga tahun di kampus utama SEGI di Kota Damansara dan SEGI juga menawarkan pilihan bagi program ijazah berkembar dengan University of Sunderland, United Kingdom.

Program yang ditawarkan adalah Sarjana Muda (Kepujian) Pelanconga­n Antarabang­sa dan Pengurusan Hospitalit­i.

Bagi pelajar yang memilih untuk mengikuti program berkenaan, mereka perlu melengkapk­an modul tambahan bagi memperoleh ijazah dari Universiti SEGI dan University of Sunderland.

Dapat tempat dalam industri

Sehingga kini, graduan SEGI berjaya mendapat tempat di dalam industri perhotelan dan pelanconga­n serta mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai organisasi ternama. Mereka juga berjaya menjana pendapatan sebanyak RM52,000 setahun dalam bidang terbabit.

Justeru, bagi mereka yang mempunyai impian untuk menceburi bidang hospitalit­i dan pelanconga­n, SEGI adalah pilihan yang terbaik.

Individu yang berminat, boleh hubungi Universiti SEGI di talian 03-6145 1777 atau 1800-88-7344; Kolej SEGI Subang Jaya (03-86001888 atau 1800-888622); Kolej SEGI Kuala Lumpur (0320702078 atau 1800-888-028); Kolej SEGI Penang (04-2633888) dan Kolej SEGI Sarawak (1300-88-7344) atau e-mel ke askme@segi.edu.my atau layari www.segi.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? Seorang pelajar kulinari Kolej SEGI sedang menyedia dan menghias makanan.
Seorang pelajar kulinari Kolej SEGI sedang menyedia dan menghias makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia