Berita Harian

USM, UMK perkenal ‘Silent Teacher’ cetus ilham pelajar

Berpotensi cetus pemikiran bernas, selain PDP dalam kelas

- Oleh Siti Rohana Idris

Penggunaan seni visual seperti lukisan dinding mural adalah pendekatan baharu yang berpotensi mencetus pemikiran pelajar sekolah, selain sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) dalam kelas.

Pendekatan menerusi projek ‘Silent Teacher’ yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu diaplikasi­kan bagi memberi pendidikan kesihatan kepada pelajar.

Bertemakan permasalah­an sosial, konsep lukisan mural dizahirkan di dinding bangunan atau kelas serta laluan pejalan kaki dengan mesej yang positif, bagi membudayak­an gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan Kampus Kesihatan USM, Profesor Dinsuhaimi Sidek, berka- ta penggunaan seni visual di lukisan dinding mural bertujuan memangkink­an imaginasi, ekspresi emosi dan sikap pelajar.

“Ia juga mencetus pemikiran pelajar mengenai isu semasa berkaitan remaja termasuk penagihan dadah, merokok, tatasusila dan pergaulan moral, merempit serta keselamata­n jalan raya.

Lukisan mural

“Gabungan mesej kesihatan dan keceriaan seni lukis untuk isu terbabit dalam bentuk lukisan mural boleh dianggap ‘Silent Teacher’ dalam membudayak­an gaya hidup sihat dan ceria dalam kalangan pelajar,” katanya selepas majlis penyampaia­n hadiah bagi pertanding­an ‘Silent Teacher’ di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konsep lukisan mural itu dilakukan sejak 2014 dan impak yang diperoleh agak memuaskan kerana ada interaksi antara pelajar dan guru secara aktif berbanding ceramah yang boleh dianggap membosanka­n.

“Sejak diperkenal­kan tiga tahun lalu, program ini mendapat Geran Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) sebanyak RM30,000 dan lima sekolah rendah serta menengah di Kelantan terpilih di mana semuanya dari daerah Tumpat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli adalah perintisny­a.

“Tahun ini, empat sekolah terpilih dalam pertanding­an lukisan dinding mural iaitu SK Tumpat, SK Pengkalan Kubor, SMK Kutan dan SMK Berangan,” katanya.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Dinsuhaimi (empat dari kanan) bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Che Omar Mohamad (lima dari kanan) merasmikan Projek Silent Teacher 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, semalam.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Dinsuhaimi (empat dari kanan) bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, Che Omar Mohamad (lima dari kanan) merasmikan Projek Silent Teacher 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia