Berita Harian

Pesawah disaran contohi petani Jepun, Taiwan

-

Rompin: Pesawah disaran mencontohi petani Jepun dan Taiwan bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n padi, seiring keputusan kerajaan mewartakan daerah ini sebagai kawasan jelapang padi negara.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin, berkata pesawah di negara itu menumpukan kepada kemahiran dalam pengurusan masa bekerja untuk mencapai sasaran pengeluara­n padi setiap musim.

“Pengurusan air yang cekap juga mempengaru­hi pengeluara­n padi dan jika pesawah mampu mengikut cara diamalkan pesawah Jepun dan Taiwan, saya yakin matlamat menghasilk­an lapan tan sehektar semusim menjadi kenyataan.

“Saya difahamkan ada beberapa pesawah mampu menghasilk­an 10 tan padi sehektar tetapi bilangan mereka tidak ramai, purata pesawah hanya mampu meraih empat hingga enam tan padi sehektar,” katanya ketika merasmikan Kursus Pemutuan Padi Sebenar dan Program Jalinan Tani Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang, Sawalludin Ahmad.

Peruntukan RM49 juta

Hasan berkata, kerajaan memperuntu­kkan lebih RM49 juta bagi projek tanaman padi di daerah ini dan Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin diberi tanggungja­wab melaksanak­annya.

“Peruntukan disediakan kerajaan tidak akan bermakna jika petani tidak mampu untuk memajukan sawah masing-masing,” katanya.

Hasan berkata, penggunaan benih, racun dan baja yang baik juga dapat mempengaru­hi pengeluara­n hasil padi setiap musim dan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Jabatan Pertanian sentiasa membantu.

“Pesawah yang berdepan modal, PPK Rompin menyediaka­n pinjaman selain kemudahan kredit pembelian peralatan, jentera dan pengangkut­an padi ke kilang,” katanya.

RM49 JUTA disediakan kerajaan untuk IADA Pekan dan Rompin 10 TAN padi sasaran perolehan sehektar

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Hasan (dua dari kiri) melawat pameran selepas merasmikan Kursus Pemutuan Padi Sebenar dan Program Jalinan Tani NAFAS di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Hasan (dua dari kiri) melawat pameran selepas merasmikan Kursus Pemutuan Padi Sebenar dan Program Jalinan Tani NAFAS di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia