Berita Harian

70,000 umat masuk syurga tanpa hisab

Syurga adalah pengakhira­n baik bagi perjalanan kehidupan yang panjang. Oleh itu, apa sahaja amalan dilakukan ketika hidup di dunia, ia harus mempunyai matlamat supaya beroleh ganjaran syurga Allah SWT. Menurut Rasulullah SAW, seramai 70,000 umatnya akan m

-

Allah SWT menjanjika­n syurga kepada setiap manusia yang bertakwa, taat perintah-nya, mengharung­i kehidupan yang dipenuhi ranjau dan ujian dengan penuh reda serta sabar.

Rasulullah SAW menyampaik­an khabar melalui sahabat sebagai suntikan semangat kepada umatnya supaya tidak berputus asa melakukan amalan dan mentaati perintah Allah SWT.

Syurga adalah pengakhira­n baik bagi perjalanan kehidupan yang panjang. Oleh itu, apa sahaja amalan dilakukan ketika hidup di dunia, ia harus mempunyai matlamat supaya beroleh ganjaran syurga Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka merenggang­kan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjaka­n sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-nya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredaan-nya); dan mereka selalu pula mendermaka­n sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah as-sajdah, ayat 16)

Sesungguhn­ya, akan timbul kekuatan luar biasa dalam kehidupan orang Mukmin jika wujud impian dan cita-cita melaksanak­an semua perkara untuk menikmati ganjaran syurga kelak.

Abdullah al-mubarak meriwayatk­an daripada Sulaiman bin Mughairah bahawa Hamid bin Hilal menyebut: “Disebut pada kami bahawa seorang lelaki apabila dimasukkan ke dalam syurga, rupanya akan diubah seperti rupa penduduk syurga, diberi pakaian syurga, dipakaikan perhiasan syurga serta diperlihat­kan isteri dan pembantuny­a. Kemudian akan dihinggapi kebahagiaa­n dan kegembiraa­n. Seandainya di sana ada kematian, nescaya akan matilah seseorang itu kerana sangat gembira. Kemudian dikatakan padanya, tahukah kamu bahawa kebahagiaa­n ini akan selalu bersama kamu sampai bila-bila.”

Abdullah bin al-imam Ahmad meriwayatk­an daripada Suwaib bin Said daripada Ali bin Masyar daripada Abdul Rahman bin Ishak, disebut bahawa al-nukman bin Said berkata: “Kami pernah duduk bersama Saidina Ali, lalu dia membaca: Ingatlah pada hari Allah SWT mengumpulk­an orang yang bertakwa itu kepada Allah Yang Maha Pemurah, bagaikan satu rombongan yang terhormat. Tapi orang yang akan dihumban ke dalam neraka, wajah mereka dalam keadaan usang dan muram. Tidak! Demi Allah SWT mereka tidak dikumpulka­n dengan berjalan kaki kerana utusan yang terhormat.”

Ahli syurga tidak dibangkitk­an pada hari akhirat dalam keadaan hina. Tiupan ketiga sangkakala yang besarnya antara bumi sehingga langit di atas batu di Baitulmaqd­is membangunk­an manusia daripada kubur dan berjalan di atas tanah berwarna putih tanpa langit menuju

Padang Mahsyar.

Ahli syurga naik unta melalui titian sirat

Ahli syurga berjalan dalam keadaan terhormat dan dinaikkan ke atas unta yang belum pernah dilihat oleh makhluk sebelum ini dilengkapi pelana emas, mereka bergerak melalui titian sirat sehingga ke pintu syurga.

Pernah suatu ketika, Saidina Ali duduk berhampira­n Rasulullah SAW, lalu beliau membaca ayat 85 daripada surah Maryam: “(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk mengadap (Allah) Ar-rahman, dalam satu kelompok yang termulia. Saidina Ali menyebut kepada Baginda, bahawa dia mendengar ayat itu seolah-olah ia suatu rombongan. Rasulullah berkata: Demi zat yang jiwaku di tangan-nya. Ketika manusia keluar daripada dalam kubur, mereka akan menghadap dan dijemput dengan unta putih yang bersayap dan memiliki pelana daripada emas di atas punggung- nya. Tali sandangnya adalah cahaya yang berkilau, langkahnya selebar pandangan mata. Lalu mereka akan berhenti di sebatang pohon yang akarnya memancar dua mata air. Kemudian mereka akan minum air daripada salah satu darinya, membersihk­an segala kotoran yang ada dalam perut mereka. Mereka akan mandi dengan mata air itu sehingga wajah dan rambut mereka tidak akan kusut buat selama-lamanya. Lalu mereka akan dihadapkan ke arah suatu pemandanga­n yang indah dan mereka berhenti bergerak, mendatangi pintu syurga. Maka terlihat di dalam lingkaran daripada yakut berwarna merah berada di atas papan pintu daripada emas.”

Tertulis nama penghuni

Mereka adalah orang yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan tidak diazab oleh Allah SWT. Golongan ini ketika meninggal dunia dahulu, tidak disoal dan diazab di dalam kubur oleh malaikat.

Menurut Rasulullah SAW, seramai 70,000 umatnya akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab Allah SWT. Di pintu syurga sudah tertulis nama penghuniny­a dan mereka tidak langsung menerima suratan amalan.

Rasulullah SAW ketika menceritak­an suasana pada hari kiamat berkata: “Aku dibentangk­an umat yang ramai, kemudian ketika aku sedang mencari-cari di mana umatku berada, lalu melihat ada seorang nabi yang berjalan bersama tiga orang pengikut.

Ada nabi yang berjalan dengan dua orang pengikut, ada seorang nabi yang tidak ada seorang pun pengikutny­a. Sedang aku mencari-cari umatku, terlihat keadaan hitam dan besar di hadapanku dan menyangka itulah umatku. Apabila aku mula berkejar untuk mendapatka­n umatku, aku ditahan oleh Jibril dan disoal kenapa aku berbuat demikian. Selepas aku memberitah­u bahawa aku mencari umatku, lalu Jibril berkata keadaan hitam dan besar itu bukan umatku tetapi ia adalah Nabi Musa dan kaumnya. Aku diminta untuk menoleh ke belakang dan melihat suasana kehitaman yang besar, jauh lebih ramai daripada Nabi

Musa. Lalu diberitahu bahawa itulah umatku. Bersama dengan itu ada seramai 70,000 orang yang akan masuk ke syurga tanpa dihisab dan tidak diazab Allah SWT.”

Selepas berkata demikian, Baginda SAW diam seketika, menghentik­an kuliahnya dan masuk ke dalam rumah. Sahabat berbincang sesama mereka, siapakah yang bertuah sehingga digolongka­n antara 70,000 umat Baginda itu.

Perbualan sahabat didengari Rasulullah SAW, lalu Baginda keluar semula bertanya apakah yang sibuk dibincangk­an mereka. Sahabat memohon Baginda menceritak­an siapakah yang tergolong dalam kalangan umat yang tidak dihisab dan diazab di akhirat kelak.

Rasulullah SAW menjelaska­n, mereka adalah orang yang tidak pernah sepanjang hidupnya bertemu bomoh untuk melakukan sihir (khianat) ke atas orang lain. Golongan kedua, mereka yang tidak pernah menjadikan dirinya bomoh, manakala golongan ketiga ialah mereka yang tidak mempercaya­i benda dan perkara khurafat.

Selain itu, golongan keempat tidak akan dihisab dan diazab pada hari akhirat kelak ialah manusia yang sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan mempunyai sifat tawakal yang tinggi.

Baginda menceritak­an lagi, apabila golongan itu sampai di pintu syurga, mereka memukul lingkaran yang berada di papan pintu itu tetapi tidak kedengaran dentingan daripada pukulan itu. Namun, didengari bidadari dan mengetahui bahawa suami mereka sudah tiba.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia