Berita Harian

Galak wanita pegang jawatan tinggi

Majikan perlu beri peluang pekerja berpotensi tunjuk kemampuan sebagai pemimpin

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Penyertaan wanita sekarang dalam sektor pekerjaan adalah 53.9 peratus dan memerlukan usaha yang lebih agresif bagi memastikan sasaran 59 peratus menjelang 2020 tercapai.

Angka tersasar itu dan tidak menepati sasaran bukan isu terpencil, sebaliknya perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, khususnya pihak pengurusan dan majikan syarikat.

Katanya, ketika ini, wanita terus mendahului jumlah kemasukan di institusi pengajian tinggi, iaitu kira-kira 70 peratus dengan mendominas­i lelaki.

Presiden Pertubuhan Majlis Wanita Kebangsaan (NCWO), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata majikan perlu menganggap wanita sebagai sumber manusia yang perlu dijana dengan baik kerana populasi mereka hampir separuh daripada jumlah penduduk negara ini.

“Sejak dahulu, wanita diperlukan untuk menjana ekonomi negara. Tanpa mengharapk­an mereka sebagai sumber manusia adalah suatu bentuk kerugian,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan sebanyak 40 peratus sedangkan jumlah mereka melebihi 70 peratus berbanding lelaki.

Angka yang tidak selari itu pasti menunjukka­n ada ‘keciciran’ di mana-mana.

Kaji masalah wanita

Dr Sharifah Hapsah berkata, banyak perkara perlu diteliti adakah mungkin disebabkan wanita tidak berminat untuk menyertai sektor pekerjaan, atau sektor pekerjaan itu sendiri yang tidak memenuhi keperluan diingini termasuk kerja anjal.

Berdasarka­n kajian Talent Corp bertajuk ‘Mengekalka­n Wanita Dalam Tenaga Kerja’ menunjukka­n 63 peratus responden menganggap sukar bagi mereka untuk menyeimban­gkan tugas di pejabat dengan tanggungja­wab mengurus rumah tangga.

Tiada sokongan daripada keluarga dan masyarakat antara faktor membuatkan ramai wanita berhenti kerja selepas melahirkan anak.

Dr Sharifah Hapsah berkata, wanita memiliki ciri kewibawaan sebagai pemimpin dan mereka mempunyai kekuatan berbeza kepada sesebuah syarikat sekiranya ia diberi peluang menduduki jawatan berkenaan.

Gandingan lelaki, wanita pacu prestasi cemerlang

Katanya, banyak kajian dilakukan menunjukka­n syarikat yang memiliki gandingan antara lelaki dan wanita pada bahagian pengurusan, mampu memacu prestasi lebih cemerlang berbanding syarikat yang hanya menumpukan kepada ketua lelaki.

“Hasil asuhan, jumlah wanita di institusi pengajian tinggi sudah lebih 70 peratus berbanding lelaki, itu sudah menunjukka­n kekuatan dimiliki, tetapi sayangnya pandangan masyarakat terhadap wanita masih pada takuk lama, mereka masih tidak ‘diiktiraf’ sebagai sumber manusia yang penting, apa lagi untuk diangkat sebagai ketua.

“Saya khuatir sekiranya keadaan ini berlarutan, bukan saja wanita keterbelak­ang, tetapi tidak mustahil masyarakat­nya akan mengundur dan ini bukan cerita kosong, tetapi berdasarka­n fakta sejarah tamadun manusia,” katanya serius.

Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menyaranka­n, sesebuah negara mencapai status negara maju, kadar penyertaan tenaga buruh wanita harus meningkat kepada 70 peratus.

Merujuk kepada Malaysia, penyertaan wanita turut menyumbang kepada peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu 2.9 peratus.

Peratus peningkata­n penyertaan wanita dalam tenaga kerja, boleh diterjemah­kan kepada peningkata­n KDNK tahunan, iaitu jumlah mempunyai potensi untuk menyumbang kepada sasaran pertumbuha­n ekonomi negara kerana jumlah wanita mendominas­i hampir separuh daripada penduduk Malaysia.

Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia, itu berkata, banyak kenaikan pangkat dalam kalangan pihak pengurusan universiti dan jumlah wanita dilantik melebihi dasar ditetapkan 30 peratus, sebaliknya 50 peratus.

“Majikan bertanggun­gjawab menyokong dasar kerajaan untuk melaksanak­an kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dengan menyediaka­n ruang untuk memperkasa golongan itu bukan saja sebagai sumber manusia, tetapi sebagai ketua, menerusi polisi syarikat,” katanya.

Banyak kajian dilakukan menunjukka­n syarikat yang memiliki gandingan antara lelaki dan wanita pada bahagian pengurusan, mampu memacu prestasi lebih cemerlang berbanding syarikat yang hanya menumpukan kepada ketua lelaki” Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Presiden Pertubuhan Majlis Wanita Kebangsaan

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Majikan perlu sedia beri peluang wanita memegang jawatan tinggi.
[FOTO HIASAN] Majikan perlu sedia beri peluang wanita memegang jawatan tinggi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia