Berita Harian

Semua pihak gembleng tenaga basmi rasuah

- Ilmi Hanafi Hasmizar, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabang­sa, Universiti Utara Malaysia

Semakin Malaysia ke hadapan semakin kerap isu rasuah dipaparkan media, membabitka­n kalangan penjawat awam. Isu rasuah sewajarnya tidak berlaku di Malaysia sebagai sebuah model negara Islam dunia.

Sering kali terpampang di media massa akan buruknya perilaku pesalah rasuah. Diburukkan lagi apabila pesalah rasuah itu beragama Islam. Adakah Islam mengajar umatnya untuk melakukan rasuah?

Firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 188 yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulur harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.”

Apakah mereka tidak gentar akan firman Allah itu? Ke mana hilangnya integriti mereka? Ke mana hilangnya maruah mereka sebagai seorang insan sehingga mereka boleh ‘dibeli’ dengan wang ringgit?

Berdasarka­n rekod Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, rasuah di Malaysia semakin meruncing apabila jumlah tangkapan meningkat sebanyak 98 tangkapan pada 2016 berbanding 841 tangkapan yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Sudah tiba masanya untuk semua pihak menggemble­ng tenaga membasmi rasuah bukan sekadar meletakkan slogan “Rasuah Musuh Negara” di semua peringkat pentadbira­n.

Pihak kerajaan haruslah tegas dalam mengambil tindakan disiplin terhadap pesalah rasuah dan jangan ‘beri muka’ terhadap mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang perantaraa­n menguruska­n rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan dalam neraka” (hadis riwayat Ahmad).

Hukuman berat kepada pesalah rasuah

Sememangny­a rasuah itu musuh negara oleh itu kerajaan haruslah mengambil tindakan drastik dengan membuang pekerja yang terbabit dengan rasuah dan meletakkan hukuman yang berat.

Sementara itu, institusi-institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti perlulah mendidik pelajar agar lebih menepati waktu, mematuhi peraturan dan diberikan pengetahua­n dan didikan agama atau moral secukupnya agar mereka terpupuk nilai murni di hati mereka.

Ibu bapa jangan beranggapa­n bahawa guru mampu mendidik anak mereka dengan baiknya, se- harusnya ibu bapa harus sedar bahawa didikan yang baik bermula dari rumah.

Bentuk dan ubahlah sikap kita jangan hanya pandai menuding jari menyalahka­n kerajaan sedangkan kerosakan berpunca daripada silap ibu bapa yang mengabaika­n tanggungja­wabnya di rumah.

Didik anak ajaran agama

Bentuk dan didiklah anak dengan ajaran agama dan moral serta pastikan mereka beretika dan beradab sopan ketika di rumah.

Akhir sekali, institusi agama perlulah peka dengan menasihatk­an penganut agama bertanggun­gjawab, amanah dan telus dalam segala hal. Sudah tiba masanya untuk kita berubah bagi memastikan kesejahter­aan generasi dan Malaysia pada masa depan.

98 TANGKAPAN rasuah pada 2016

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sebahagian wang tunai dan barang kemas yang dirampas SPRM mengenai kes salah guna kuasa tahun lalu.
[FOTO HIASAN] Sebahagian wang tunai dan barang kemas yang dirampas SPRM mengenai kes salah guna kuasa tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia