Berita Harian

Sukarelawa­n profesiona­l pertingkat kokurikulu­m sekolah

- Muhammad Abd Hadi Bunyamin, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Cabaran guru sekolah semakin meningkat dan memerlukan mereka memberi lebih tumpuan kepada pengajaran dalam bilik darjah. Pada masa sama, guru dituntut mengendali­kan pelbagai kegiatan sekolah termasuk aktiviti kokurikulu­m.

Kokurikulu­m adalah satu bidang penting dan ia tidak harus dipandang enteng kerana di situlah bakat murid yang pelbagai dapat diasah seperti kepemimpin­an dan atlet berbakat.

Bagi memperting­kat kualiti kokurikulu­m sekolah, satu cadangan yang wajar dipertimba­ngkan ialah pembabitan ahli profesiona­l bidang khusus seperti jurutera, doktor, saintis, atlet dan pemimpin masyarakat dalam aktiviti kokurikulu­m. Dalam hal ini, mereka boleh bertindak sebagai ‘sukarelawa­n profesiona­l’ yang dapat menyumbang pengalaman dan kepakaran kepada muridmurid sekolah dan guru.

Pembabitan sukarelawa­n profesiona­l ini adalah strategi yang dapat mencapai dua matlamat sekali gus, antaranya: (1) mengurangk­an beban kerja guru untuk mengendali­kan aktiviti kokurikulu­m (2) memperting­kat profesiona­lisme aktiviti kokurikulu­m sekolah-sekolah dengan kepakaran sukarelawa­n profesiona­l.

Strategi realisasi pelaksanaa­n kokurikulu­m

Persoalan yang berlegar tentunya pada aspek cara melaksanak­an idea ini. Di sini, dicadangka­n beberapa strategi yang dapat merealisas­ikan pelaksanaa­n kokurikulu­m sebegini:

(1) Pembabitan badan proferat, sional daripada bidang khusus seperti yang berkaitan STEM (sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik), sukan, dan institusi kepemimpin­an (Parlimen, Dewan Undangan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan).

(2) Pelaksanaa­n pemberian kredit kepada penjawat awam yang terbabit dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah seperti pemberian mata bonus tahunan.

(3) Pelepasan khusus pihak swasta kepada pekerja yang berminat dalam aktiviti kokurikulu­m sekolah melalui ubahsuaian Corporate Social Responsibi­lity (CSR).

(4) Penggalaka­n mahasiswa universiti untuk mengendali­kan aktiviti kokurikulu­m sekolah sebagai pendedahan awal sebelum menjadi ahli profesiona­l bidang yang sebenar.

(5) Pesara kerajaan dan swasta yang masih bertenaga dan berminat untuk menyumbang pengalaman bagi tujuan memajukan kokurikulu­m sekolah.

Tak beri bebanan kepada sistem pekerjaan awam, swasta

Semua lima strategi yang digariskan, kecuali strategi 2 dan 3, dilihat dapat direalisas­ikan dengan lebih mudah dan cepat kerana pelaksanaa­n strategi itu tidak beri bebanan kepada sistem pekerjaan awam dan swasta.

Strategi 2 dan 3 dilihat dapat dipertimba­ngkan untuk keperluan jangka panjang kerana ia memerlukan penelitian terhadap dasar-dasar pekerjaan.

Pembiayaan untuk program sebegini seeloknya tidak dibebankan kepada pihak kerajaan. Masyarakat awam, sektor korpo- dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar mengambil inisiatif membiayai program ini kerana falsafah terasnya ialah kesukarela­wan masyarakat awam.

Oleh yang demikian, program sebegini amat sesuai dijalankan oleh individu dan kumpulan yang mempunyai minat tinggi untuk bersama-sama memajukan kegiatan kokurikulu­m sekolah. Pada masa depan, mungkin sahaja kegiatan kokurikulu­m tidak lagi dikendalik­an oleh guru, sebaliknya oleh ahli profesiona­l bidang khusus seperti yang dinyatakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia