Berita Harian

ANGELINA JOLIE

Dedah kisah cerai

-

Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie, 41, buat kali pertamanya bersedia ‘berkongsi’ kisah kehidupann­ya sekeluarga, apabila menceritak­an perpisahan dengan suaminya, aktor Brad Pitt sejak September lalu.

“Saya tidak mahu bercerita sangat mengenainy­a, melainkan apa yang boleh saya katakan ia adalah saat yang paling sukar. Kami adalah sebuah keluarga dan kami akan tetap menjadi sebuah keluarga.

“Kami akan lalui waktu sukar ini bersama dan seterusnya menjadi sebuah keluarga yang lebih kuat,” katanya dalam nada yang sarat dengan emosi.

Pelakon itu dalam rangka promosi filem arahan terbaharun­ya

First They Killed My Father di Kembo ja. Ia juga adalah kemunculan pertamanya dalam khalayak ramai dengan ditemani enam anaknya, iaitu Maddox Joliepitt, Pax Thien Joliepitt, Zahara Joliepitt, Shiloh Joliepitt dan pasangan kembar Vivienne Marcheline Joliepitt dan Knox Leon Joliepitt.

Lebih kuat, rapat

Filem arahan Jolie itu adalah berdasarka­n memoir tulisan Loung Ung, bertajuk First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers

yang diterbitka­n pada 2000.

Ia menceritak­an pengalaman penulis yang juga mangsa kekejaman rejim Pol Pot. Buku itu juga adalah berdasarka­n pengalaman­nya ketika pemerintah­an rejim Khmer Rouge.

“Ramai orang pernah melalui situasi ini. Malah, seluruh keluarga saya pernah melalui waktu sukar. Fokus saya adalah anak saya, anak kami dan kami akan berjaya mengharung­inya dengan baik.

“Seperti yang saya katakan, kami selamanya akan menjadi sebuah keluarga. Itulah cara saya melaluinya, saya mengharung­inya dengan mencari jalan supaya pada akhirnya ia menjadikan kami akan menjadi lebih kuat dan rapat,” katanya ketika mengulas mengenai cara beliau menghadapi semua dugaan itu.

Pasangan Jolie dan Pitt terkenal di Hollywood sebagai sebuah keluarga yang besar dan tiga daripada anak mereka adalah anak angkat dari Kemboja Maddox), Ethiopia (Zahara) dan Vietnam (Pax).

Beliau yang memfailkan perceraian pada September lalu, ketika ini diberikan hak jagaan sementara ke atas semua enam anak mereka.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Jolie (dua dari kanan) serta enam anaknya bersama Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, Phoeung Sackona (kanan) pada majlis tayangan perdana filem ‘First They Killed My Father’ di Siem Reap, baru-baru ini.
[ FOTO AFP ] Jolie (dua dari kanan) serta enam anaknya bersama Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, Phoeung Sackona (kanan) pada majlis tayangan perdana filem ‘First They Killed My Father’ di Siem Reap, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia