Berita Harian

AS keluarkan dasar terperinci bendung pendatang

-

Washington: Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHS) (AS) semalam mengeluark­an dasar terperinci berhubung tindakan keras ke atas pendatang haram, termasuk mengukuhka­n agensi perlindung­an sempadan dan memperbetu­lkan kepincanga­n terhadap dasar.

Dasar baharu itu diwujudkan khusus ‘mengekang pendatang haram selain memudahkan pengesanan, penangkapa­n, penahanan dan pengusiran warga asing yang dilarang memasuki atau berada di AS,’ demikian kandungan dokumen bertajuk ‘Melaksanak­an Keselamata­n Sempadan Presiden dan Dasar Penambahba­ikan Penguatkua­saan Imigresen.’

Memorandum ditandatan­gani

Dasar bersama Memorandum bagi Penguatkua­saan Undang-undang Imigresen untuk Kepentinga­n Negara itu, ditandatan­gani kelmarin oleh Setiausaha DHS, John Kelly.

Antara langkah utama digariskan, termasuk menambah lebih ramai kakitangan Kastam dan ejen Perlindung­an Sempadan, melanjutka­n program yang memberi Kelly lebih kuasa mengetuai operasi lapangan, memulakan pembinaan tembok di sepanjang sempadan As-mexico dan meningkatk­an usaha ‘menghantar warga asing ke negara berhampira­n.’

Pertingkat keselamata­n

Memorandum keselamata­n sempadan itu menyatakan, ‘ia adalah panduan kepada semua kakitangan jabatan dan menggantik­an dasar sedia ada yang bercanggah, arahan, memorandum dan petunjuk lain berkaitan perkara ini.’

Ia susulan dua perintah eksekutif yang ditandatan­gani Presiden AS, Donald Trump akhir Januari lalu bertujuan meningkatk­an keselamata­n sempadan dan menyekat kemasukan pendatang haram ke AS.

 ??  ?? John Kelly
John Kelly

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia