Berita Harian

Brown dilarang dekati bekas teman wanita

-

Los Angeles: Penyanyi rap bermasalah Chris Brown dilarang mendekati bekas teman wanitanya, Karrueche Tran, selepas model berkenaan mendakwa beliau ditumbuk dan menerima ancaman bunuh.

Dalam dokumen didedahkan kepada umum semalam, sebuah mahkamah di sini, meluluskan perintah sekatan yang dikemukaka­n oleh Tran dan Brown berhadapan risiko ditahan jika bertindak mendekati bekas kekasihnya itu.

(gambar)

Tran yang pernah mempunyai hubungan dengan Brown berkata, bekas teman lelakinya itu menumbukny­a di perut dan menolaknya hingga jatuh daripada tangga beberapa tahun lalu, namun tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Mohon perintah sekatan

Model itu yang muncul dalam siri televisyen berkata, beliau memohon perintah sekatan, selepas Brown barubaru ini menghantar ugutan menerusi mesej teks.

“Dia memberitah­u beberapa orang, dia akan membunuh saya. Dia berkata, jika tiada siapa boleh memiliki saya, dia akan ‘membawa saya keluar’,” kata Tran.

Brown yang terkenal pada usia muda dengan nyanyian muzik R&B diikuti rap, turut terkenal dengan beberapa dakwaan mendera.

Dia disabitkan atas kesalahan memukul penyanyi terkenal Rihanna, yang ketika itu teman wanitanya, sebelum majlis Anugerah Grammy pada 2009, menyebabka­n penyanyi pop itu terlepas menghadiri majlis anugerah gala tahunan industri muzik Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, dia ditahan kerana disyaki melakukan serangan menggunaka­n senjata selepas terbabit dalam pertikaian dengan polis.

Ia berlaku selepas seorang wanita membuat panggilan kecemasan mengenai insiden itu, namun peguam Brown menafikan perkara itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia