Berita Harian

Gurdiola janji

City kekal taktik menyerang ketika kunjungan balas ke Monaco

-

̌

Pep Guardiola berjanji yang Manchester City akan terus melawan api dengan api apabila mereka membawa bekalan kemenangan 5-3 ke Monaco pada aksi timbal balik kelompok 16 Liga Juara-juara.

City meraih kelebihan dua gol selepas perlawanan pertama di Stadium Etihad awal pagi semalam selepas mereka bangkit daripada ketinggala­n 2-1 dan 3-1 untuk mendahului saingan.

Tiga gol jaringan Monaco menyerlahk­an kelemahan benteng City, tetapi walaupun Guardiola menyedari ia perlu diperbaiki, mereka tetap akan ke Stade Louis II dengan corak menyerang.

“Kami berfikir soal serangan. Serang, serang, serang,” kata Guardiola. “Mereka akan menyerang dan kami akan bertahan lebih baik. Tetapi kami akan mempunyai peluang kami.

“Kami akan terbang ke Monaco untuk menjaringk­an sebanyak gol yang boleh. Kami tidak akan mempertaha­nkan keputusan itu.

Berbalas serangan

“Kami cukup mengenali antara satu sama lain. Kami akan memperbaik­i beberapa perkara, tetapi kami tetap perlu menjaringk­an gol. Jika kami tidak menjaringk­an gol di Monaco, kami akan tersingkir.”

Raheem Sterling meletakkan City di depan pada minit ke-26 susulan daripada gerakan menarik Leroy Sane, tetapi sepakan lemah oleh penjaga gol Willy Caballero membolehka­n Monaco menyamakan kedudukan menerusi tandukan Radamel Falcao.

Nicolas Otamendi bertanggun­gjawab untuk gol kedua Monaco, yang dijaringka­n oleh Kylian Mbappe, dan kemudian membolehka­n lawan mendapat penalti, tetapi sepakan Falcao diselamatk­an Caballero.

Kedua-dua pasukan menambah jaringan, City menerusi Sergio Aguero dan Monaco sekali lagi menerusi Falcao. Aguero kemudian menjadikan kedudukan 3-3 bermula dengan sepakan sudut David Silva pada minit ke-71 dan City mengesahka­n kemenangan dengan dua lagi gol menerusi John Stones dan Sane.

Masih ada peluang

Pengendali Monaco Leonardo Jardim berkata pasukannya menerima padah hasil kesilapan pertahanan, tetapi titik tolak kekalahan pada perlawanan pertama itu berpunca daripada kegagalan Falcao menyempurn­akan sepakan penalti di awal babak kedua.

“Saya rasa bermain di sini di England, menjaringk­an tiga gol di City, menampilka­n persembaha­n hebat, juga saat yang penting,” kata Jardim. “Masih ada 90 minit di laman sendiri. Ia belum tamat.”

 ??  ?? Pep Guardiola
Pep Guardiola
 ??  ?? Aguero (kiri) berjaya menjaringk­an gol bantu Manchester City benam Monaco 5-3 di Stadium Etihad, semalam.
Aguero (kiri) berjaya menjaringk­an gol bantu Manchester City benam Monaco 5-3 di Stadium Etihad, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Penyerang Monaco, Radamel Falcao (kiri) dihalang Nicolas Otamen di Etihad.
Penyerang Monaco, Radamel Falcao (kiri) dihalang Nicolas Otamen di Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia