Berita Harian

Atletico waspada walaupun selesa

-

Leverkusen: Tonggak Atletico Madrid, Antoine Griezmann menjangkak­an aksi timbal balik kedua menentang Bayer Leverkusen pasti sukar seperti aksi pertama walaupun kali ini, mereka memiliki kelebihan selaku tuan rumah.

Dalam aksi awal pagi semalam, Atletico menewaskan Bayer Leverkusen 4-2 pada pertemuan pertama kelompok 16 Liga Juarajuara untuk membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Sepanyol, bulan depan.

Dua serangan balas berkesan pada 25 minit pertama permainan meletakkan finalis edisi 2014 dan 2016 itu di depan, dengan Saul Nigez dan Griezmann menemui sasaran, dan meletakkan mereka semakin hampir dengan peringkat suku akhir buat kali kesembilan.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami mahukan kemenangan, kami melakukann­ya dan aksi timbal balik pasti sukar seperti malam ini (awal pagi semalam),” kata Griezmann.

“Mereka menekan kami dan menjadikan keadaan amat sukar, tetapi pertukaran dilakukan bos membantu kami memenangi perlawanan malam ini. Kini kami mempunyai perlawanan yang besar di hadapan penyokong sendiri.”

Pertahanan rapuh

Leverkusen, yang terpaksa membayar harga tinggi akibat persembaha­n buruk barisan pertahanan­nya, merapatkan jurang menerusi Karim Bellarabi sebelum Atletico menambah jaringan menerusi sepakan penalti Kevin Gameiro.

Gol sendiri Stefan Savic kembali merapatkan jurang kepada satu gol tetapi pemain gantian, Fernando Torres meledak gol minit ke-86 untuk meletakkan Atletico kelebihan dua gol di depan.

“Jelas sekali mengapa Atletico mampu mara ke final sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun,” kata pengendali Leverkusen, Roger Schmidt.

“Kami tahu kemampuan mereka dalam menyerang balas sebelum perlawanan lagi kami masih dibolos dua kali dalam babak pertama.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia