Berita Harian

Tiada ‘gentlemen’s agreement’

Saya tidak terbabit, delegasi penentu siapa Presiden BAM: Al Amin

- Oleh Helmi Talkah

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid menegaskan beliau tidak terbabit dengan perjanjian yang disifatkan sebagai ‘gentlemen’s agreement’ bagi pemilihan jawatan nombor satu badan induk itu.

Al Amin yang sepatutnya mengadakan sidang media berhubung perkara itu sebelum membatalka­nnya susulan masalah kesihatan semalam, berkata beliau menghargai usaha presiden, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menamakan penggantin­ya.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan keputusan untuk perkara itu adalah terletak di tangan delegasi yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsun­g tahun ini.

“Pemilihan pucuk pimpinan tertinggi adalah terletak di tangan delegasi yang hadir ke AGM yang terdiri daripada persatuan negeri,” kata Al Amin menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Jalan penyelesai­an

BH Sukan sebelum ini melaporkan Tengku Mahaleel memberi sokongan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi menggantik­an tempatnya berdasarka­n perjanjian awal an- tara pihak berkepenti­ngan dalam BAM termasuk Al Amin yang disifatkan sebagai ‘gentlemen’s agreement’.

Sebab itu, Tengku Mahaleel pada Khamis lalu menghantar notis kepada pemimpin dan ahli majlis BAM bagi mengingatk­an perjanjian berkenaan selain menyatakan pendirian untuk tidak mempertaha­nkan jawatannya.

Mengulas lanjut, Al Amin, berkata sepanjang 20 tahun pembabitan­nya bersama BAM, badan induk itu sentiasa ada jalan penyelesai­an dalam suasana demokrasi dan harmoni berhubung pemilihan pemimpin tertinggi.

“Saya percaya ia juga tiada bezanya tahun ini memandangk­an tahun ini adalah tahun bagi pemilihan pucuk pimpinan,” kata Al Amin.

 ??  ?? Al Amin
Al Amin
 ??  ?? Tengku Mahaleel
Tengku Mahaleel
 ??  ?? Norza Zakaria
Norza Zakaria
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia