Berita Harian

Saya jadi mangsa keadaan: Ramdan

-

Kuala Lumpur: Tindakan saat akhir pasukan AHM Motorsport­s memaklumka­n program hala tuju pasukan untuk tahun 2017 seakan menguburka­n masa depan pelumbanya, Ramdan Rosli.

Malah pelumba di Kejuaraan Repsol CEV di Sepanyol sejak 2014 bersama PETRONAS AHM Malaysia itu mendakwa hanya dimaklumka­n pasukan mengenai masa depannya pada awal bulan ini dan Ramdan menganggap dirinya ‘mangsa keadaan’.

“Sebelum ini pasukan memberi bayangan yang saya akan berlumba lagi mungkin di CEV ataupun Kejuaraan Motosikal Dunia,” kata Ramdan kepada BH Sukan yang dalam masa sama turut mengumumka­n menarik diri daripada pasukan berkenaan.

Masih muda

“Namun, sekarang ini (tajaan) pasukan dihentikan di bawah PETRONAS dan secara automatik tidak ada lagi perlumbaan untuk musim baharu nanti.

“Bagi saya, tidak baiklah pihak pengurusan AHM melakukan perkara sebegini. Saya tertunggu-tunggu ( jawapan) dan ruparupany­a begini nasib saya. Apapun saya berterima kasih kepada PETRONAS atas tajaan dan sumbangan yang diberikan.”

Ramdan yang mempamerka­n peningkata­n ketika beraksi di atas tiket wildcard di Grand Prix (GP) Malaysia tahun lalu dengan meraih empat mata apabila menamatkan saingan Moto2 di tangga ke-12, memberi bayangan akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) ataupun Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS selepas ini.

Namun, usahanya mencari penaja dan juga pasukan untuk bertanding dalam kedua-dua kejuaraan itu berdepan kesukaran apatah lagi musim 2017 bakal bermula tidak lama lagi.

“Saya nak mencari pasukan pun agak sukar kerana musim baharu sudah dekat. Saya masih muda, jadi ada perkara yang perlu saya lakukan lagi dalam dunia perlumbaan,” katanya.

 ??  ?? Ramdan
Ramdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia