Berita Harian

Saya tidak belakangka­n Frost: Hendrawan

-

Kuala Lumpur: Hendrawan menegaskan Morten Frost Hansen masih bosnya biarpun diberi kuasa penuh bagi mengendali­kan projek khas yang diwujudkan untuk membantu jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei merealisas­ikan impian meraih gelaran sulung Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Jurulatih perseorang­an lelaki yang kini dilantik menjadi ketua jurulatih projek khas itu, berkata sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Frost masih mengetuai keseluruha­n struktur kejurulati­han skuad negara.

“Saya harap tiada pihak fikir yang perubahan ini membuatkan saya akan bergerak secara sendiri atau berkuasa penuh. Frost masih bos saya, apa jua perancanga­n saya tetap akan maklumkan kepadanya dari semasa ke semasa kerana dia adalah ketua dalam struktur kejurulati­han BAM,” kata Hendrawan ketika dihubungi, semalam.

Tak pernah berubah

BH Sukan semalam melaporkan, BAM mewujudkan satu projek khas bagi membantu Chong Wei untuk menjadi juara dunia di Glasgow yang mana ia juga dianggap sebagai jalan penyelesai­an terhadap perselisih­an yang berlaku antara pemain nombor satu dunia itu dengan Frost.

Keputusan yang dibuat menerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (CTC) itu menyaksika­n Hendrawan dilantik menjadi ketua jurulatih selain dibantu Tey Seu Bock.

Dia juga diberi kuasa penuh untuk membuat perancanga­n dan program latihan bagi semua pemain di bawah kendaliann­ya dan menghantar terus kepada CTC tanpa perlu melalui Frost.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

“Saya harap tiada pihak yang menganggap disebabkan keputusan ini baru saya bersungguh-sungguh untuk bantu Chong Wei. Memang niat dan janji saya sejak dari awal lagi untuk bantu Chong Wei bagi meraih gelaran dalam kejohanan itu dan itu tidak pernah berubah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia