Berita Harian

Dua pelumba pecut TSG kemalangan

-

Kuala Terengganu: Harapan untuk mencipta kemenangan peringkat dalam Le Tour de Langkawi (LTDL) 2017 di laman sendiri masih belum kesampaian buat Terengganu Cycling Team (TSG) apabila dua pakar pecut mereka terbabit dalam kemalangan semalam.

Anuar Manan dan harapan utama, Harrif Saleh terjatuh bersama ramai pakar pecut lain dalam 7 kilometer sebelum penamat membolehka­n Scott Sunderland muncul juara Peringkat 1 dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu itu.

“Memang tiada rezeki kami hari ini (semalam), kami sudah bersedia untuk melakukan pecutan dan berada di belakang pasukan Androni sebelum tiba-tiba lapan pelumba kelompok depan terjatuh dan kami melanggar mereka,” kata Harrif Saleh.

Kemalangan berkenaan bukan saja menyebabka­n juara acara lebuh raya Sukan SEA Singapura 2015 itu mengalami kecederaan pada bahagian kakinya namun turut membabitka­n seorang lagi pakar pecut TSG, Anuar Manan.

Tiada nasib

Harrif menjelaska­n pasukannya memang mengharapk­an kemenangan pada saingan semalam kerana ia adalah laluan paling sesuai buat pakar pecut apatah lagi bersaing di kampung halaman sendiri.

“Esok (hari ini) laluan teruk (pendakian di Grik) pada Peringkat 2 dan kami perlu menjaga pakar pendaki pasukan. Peringkat 3 nanti kami akan cuba sekali lagi mencari kemenangan,” katanya.

Bagi Anuar, dia memang mensasarka­n pusingan terakhir itu bagi melakukan pecutan sebelum berlakunya kemalangan itu.

“Kecederaan ini sedikit saja, saya akan cuba mendapatka­n kembali rentak. Memang pakar pecut ada peluang, tahap kami sama saja dengan pelumba luar. Cuma mungkin tiada nasib kali ini,” katanya yang juga pelumba tunggal negara pernah muncul juara peringkat pada 2010 ketika bersama pasukan profesiona­l Korea Selatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia