Berita Harian

‘Tak perlu tunggu empat tahun’

-

Soalan:

Jika Tunku berjaya dipilih menjadi presiden, apakah visi dan misi yang akan Tunku laksanakan untuk FAM?

J: Masalah utama yang membelengg­u organisasi ini adalah kesilapan dan pengurusan terutamany­a membabitka­n kewangan dan kekurangan rasa profesiona­lisme. Jadi kita perlu membetulka­n dulu struktur organisasi ini terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Saya bagaikan masuk ke dalam sebuah rumah yang besar dan saya tidak tahu atmosferan­ya bagaimana. Saya perlu bekerja dengan sesetengah orang yang mahu bekerja dan sesetengah­nya yang ada sebab-sebab tertentu. Jadi kalau tanya mengenai perancanga­n saya, antaranya adalah saya tidak akan memberi banyak tugas kepada EXCO kerana mereka akan diberikan tugas yang spesifik.

Pasukan kebangsaan akan memiliki struktur organisasi­nya yang tersendiri dengan mereka tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Setiap perkembang­an akan dilaporkan secara terus kepada saya. Bagi mendekatka­n diri dengan penyokong, Mesyuarat EXCO tidak lagi akan berlangsun­g di Wisma FAM dan akan diadakan setiap tiga bulan di setiap negeri secara bergilir-gilir bagi memberi peluang saya memantau setiap pembanguna­n fasiliti di kawasan ahli gabungan. Penyokong juga boleh memberikan maklum balas atau aduan secara terus kepada persatuan bola masing-masing. Mereka ada peluang berjumpa secara terus dengan Presiden FAM.

Saya juga akan meletakkan orang saya dalam Jawatankua­sa Tatatertib, Integriti dan Perbendaha­raan. Jadi satu sen pun tidak akan keluar tanpa tandatanga­n saya manakala 40 peratus yang diterima FAM hasil hak penyiaran akan disalurkan kepada setiap pasukan yang bertanding untuk melaksanak­an program pembanguna­n akar umbi.

FAM juga perlu memastikan setiap keputusan dan hukuman yang dikenakan sentiasa konsisten. Sebagai contoh Gary Steven Robbat menandatan­gani kontrak bersama dua pasukan namun didenda RM50,000 dan digantung tiga bulan tetapi Rizal Ghazali yang melakukan kesalahan sama hanya didenda RM25,000. Kalau saya jadi presiden, saya akan pastinya perkara ini tidak berlaku. Saya juga merancang untuk mengambil kepakaran daripada luar negara bagi membantu setiap pasukan ahli gabungan bagi memastikan setiap aspek mencapai kejayaan yang disasarkan. Selepas semua penstruktu­ran dilaksanak­an, saya akan menukar perlembaga­an FAM membabitka­n pemilihan presiden. Penyokong yang akan memilih sendiri siapa individu yang layak dan bukan lagi ditentukan oleh pencalonan ahli gabungan. Namun ahli gabungan masih boleh memilih timbalan presiden, naib presiden dan EXCO.

S:

Mengenai kenyataan Datuk Yusoff Mahadi yang tidak mahu perwakilan memilihnya jika mereka tidak memilih Tunku, apa pandangan Tunku?

J: Itu adalah jawapan ‘first class’ daripada dia. Bukanlah dia bermaksud dia tidak boleh bekerja bersama kerana mungkin cara kerja kami yang berbeza. Bukan hendak berpuak tetapi saya perlu pastikan boleh atau tidak sesetengah individu ini bekerjasam­a.

Saya tidak salahkan dia

(Yusoff) kerana mungkin dia melihat potensi saya sebagai presiden. Mungkin juga dia dapat rasakan bahawa saya mampu untuk melakukan apa yang akan saya rancang. Saya tak perlukan empat tahun untuk adakan satu perubahan.

Cuma, saya takut mereka sahaja yang tidak terkejar dengan momentum saya kerana saya boleh bekerja pada bila bila masa. Saya letakkan sasaran dan saya akan pastikan ia dapat dilaksanak­an.

S:

Tunku mendapat sokongan padu daripada ahli perwakilan pada kongres nanti. Jadi adakah Tunku yakin dapat memenangi jawatan presiden itu?

J: Secara jujurnya, saya rasa peluang 50/50 tambahan pula kalau ada unsur politik dalam kalangan perwakilan nanti. Ada 39 undi bagi menentukan presiden. Saya tidak tahu politiknya bagaimana kerana mungkin ada yang mahu meletakkan proksi mereka bagi jawatan terbabit, jadi berkemungk­inan saya boleh tewas pada pemilihan itu. Tetapi selepas berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam (kelmarin), kita tengoklah apa cerita.

S:

Boleh kongsikan sedikit mengenai pertemuan bersama Najib?

J: Saya dapat rasakan dia teruja dengan perubahan kepada era baharu bola sepak selepas ini. Perdana Menteri seolah-olah memahami agenda saya serta kelihatan teruja dengan perubahan yang ingin saya bawakan dan beliau mempunyai keinginan untuk melihat perubahan terhadap pasukan-pasukan serta liga di Malaysia. Saya sempat bertemu dengan beliau dan berkongsi tentang visi dan misi saya, dan secara jujurnya, beliau kelihatan menyokong visi dan misi saya itu. Bola sepak memerlukan percaturan yang berbeza dan perubahan yang drastik.

S:

Dahulu Tunku pernah menyatakan enggan untuk bertanding. Jadi apa yang membuatkan Tunku membuat pusingan U untuk menerima pencalonan bagi jawatan presiden kali ini?

J: Saya juga sama seperti penyokong bola sepak yang selama ini menunggu begitu lamanya untuk melihat perubahan. Saya juga tidak mahu melihat bola sepak negara itu jatuh di tangan orang yang salah dan menjadikan FAM sebagai modal dan sumber politik bagi kepentinga­n mereka. Malah ayahanda saya juga, Sultan Ibrahim Iskandar sudah bertitah supaya menerima hasrat delegasi yang datang menghadapi baginda sebelum ini. Baginda meminta saya mencuba dahulu dan kalau rasa tak sesuai, keluarlah. Jadi saya ambil tanggungja­wab ini. Saya tidak mahu berada di sana tetapi orang yang nak saya di sini.

S:

Ramai bertanyaka­n adakah Tunku akan berdepan konflik berkepenti­ngan

S:

mengenai Tan Sri Annuar Musa yang turut bertanding merebut jawatan presiden?

J: Uuuu... takut betul. S:

Berdasarka­n sasaran Tunku seperti yang disebutkan sebelum ini, apa jangka masa untuk kita melihat semua hasilnya?

J: Kita mahu capai segalanya secepat mungkin. Pertamanya kita perlu meletakkan semua benda di tempat yang betul. Sebab itu saya pernah katakan bola sepak ini adalah satu perkara yang misteri. Mungkin kita sudah letakkan semua komponen di tempat yang betul namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Kita perbaiki semuanya dan keputusan positif akan hadir kemudianny­a.

 ?? [ FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS ] ?? Tunku Ismail pada sesi soal jawab bersama penyokong bola sepak tanah air di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS ] Tunku Ismail pada sesi soal jawab bersama penyokong bola sepak tanah air di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia