Berita Harian

Penjaga gol kedua Terengganu pula cedera

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Malang berganda dialami skuad Terengganu apabila skuad Penyu bukan sahaja diaibkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 4-2 malam kelmarin tetapi mereka juga mungkin hilang khidmat penjaga gol Amierul Hakimi Awang.

Penjaga gol skuad Projek Sukan SEA 2017 yang menjadi benteng terakhir Terengganu selepas Mohd Sarbinee Allawee Ramli masih direhatkan akibat mengalami masalah kesihatan sejak 7 Februari lalu, terpaksa diusung keluar dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu.

Penolong jurulatih Terengganu, Mohd Nafuzi Zain, berkata pihaknya masih belum dapat mengesahka­n tahap kecederaan yang dialami Amierul kerana pemain itu perlu menjalani Pencitraan Resonansi Magnetik (MRI).

Tunggu laporan pemeriksaa­n

Katanya, situasi itu pastinya merisaukan kem Terengganu kerana kini hanya memiliki seorang penjaga gol ketiga, Muhamad Syazwan Yusof dan kemungkina­n terpaksa membawa masuk penjaga gawang dari skuad Piala Presiden apabila turun menentang Penolong jurulatih Terengganu Kuala Lumpur, esok.

“Sebelum ini kita kehilangan Mohd Sarbinee kerana masalah kesihatann­ya dan malam ini (kelmarin), Amierul pula mengalami kecederaan sehingga diusung keluar sehingga terpaksa digantikan dengan Muhamad Syazwan pada minit ke-53.

“Jadi, kita menunggu laporan pemeriksaa­n kecederaan yang dialami Amierul dan kita berharap ia tidak serius,” katanya

Mengulas lanjut kekalahan memalukan kepada PKNP, Nafuzi menyifatka­n kerapuhan benteng menjadi punca pelawat memperoleh gol mudah.

Sementara itu, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim memuji komitmen yang dipamerkan anak buahnya sekalipun bermain kurang seorang pemain sepanjang babak kedua.

“Sekalipun perit untuk menghabisk­an permainan dengan 10 pemain, namun ia berakhir dengan satu kepuasan buat kami. Cuma, saya terkilan dengan keputusan pengadil perlawanan, Muhd Rahmad Jantan melayangka­n kad merah yang tidak sepatutnya terhadap Muhammad Fadhil Idris,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia