Berita Harian

Taktikal ampuh serlah kualiti JDT

Jurulatih JDT anggap kemenangan ke atas Beoungket hasil kerjasama berpasukan

- Oleh Rizar Mohd Noor

Walaupun meraih keme nangan dengan menewaskan Beoungket Angkor FC 30 dalam aksi pertama Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora enggan mendabik dada.

Sebaliknya, jurulatih muda kelahiran Mexico itu menyifatka­n kemenangan itu hasil kerjasama berpasukan yang dibentuk dengan taktikal yang ampuh sekali gus memberi kesan terhadap corak permainan tersusun bagi memastikan tiga mata yang diidamkan tercapai.

Dia juga menegaskan kekuatan di posisi tengah dengan kelibat Mohd Afiq Fazail bertindak selaku pemain tengah bertahan sambil Nazmi Faiz Mansor bergerak menjana gerakan memberi kebebasan buat kapten pasukan, Safiq Rahim untuk menyerang.

“Safiq lebih selesa bergerak bebas dan merencana gerakan untuk membantu bahagian serangan dan Nazmi Faiz juga kerap memberi tekanan dan menutup ruang pemain tengah lawan manakala Mohd Afiq bingkas menyekat gerakan lawan bagi memudahkan tugas benteng pertahanan JDT.

Kualiti seimbang

“Pasukan lawan juga cuba memberi tekanan dengan melakukan serangan balas namun disiplin pemain saya di posisi tengah dan kombinasi yang baik antara Marcos Antonio dan Junior Eldstal di bahagian benteng memberi kesukaran kepada skuad bimbingan John Mcglynn untuk mencipta gol,” katanya.

Mengulas tindakanny­a mengeluark­an Gabriel Guerra, Mora menjelaska­n langkah itu satu strategi dan memberi ruang kepada pemain itu berehat menjelang aksi Liga Super menentang T-team di laman sendiri, Sabtu ini.

Mora menegaskan dia ingin menyenarai­kan semua pemain dalam skuad Harimau Selatan dan bukan sahaja tertumpu kepada seorang pemain memandangk­an kualiti pemain tidak kira skuad utama atau simpanan seimbang.

“Ada ketika saya kena lihat kesesuaian perancanga­n taktikal bagi membentuk kesebelasa­n yang mantap kerana pemain perlu sentiasa bersedia untuk diturunkan malah saya percaya pemain inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan,” kata Mora.

 ??  ?? Pemain JDT, Mahali Jasuli diasak pemain Beoungket Angkor FC pada aksi Piala AFC di Stadium Larkin, semalam.
Pemain JDT, Mahali Jasuli diasak pemain Beoungket Angkor FC pada aksi Piala AFC di Stadium Larkin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia