Berita Harian

‘Tiada sebab masam muka’

Kapten MU nafi tidak sebulu dengan Amri

- Oleh Nazri Abu Bakar

“Tiada sebab kami bermasam muka. Kami dalam satu pasukan memerlukan sokongan antara satu sama lain,” demikian reaksi kapten Melaka United (MU), Ilija Spasojevic mengenai dakwaan dia dan Amri Yahyah tidak sebulu.

Menurutnya, sebagai kapten dia sentiasa memastikan hubungan antara dirinya dan rakan sepasukan sentiasa erat, begitu juga bersama pengurusan dan barisan kejurulati­han.

Katanya, isu berkenaan hanya tanggapan atau pandangan individu tertentu yang melihat dari sudut berbeza ketika skuad Hang Tuah giat membentuk keserasian dan pasukan yang mantap.

“Kami beraksi seperti biasa ketika sesi latihan atau perlawanan dengan misi sama mencipta kemenangan untuk pasukan. Cuma mungkin kami dalam proses penyesuaia­n dan mencipta keserasian di antara satu sama lain.

“Malah saya gembira kerana kami sudah mula temui rentak dengan melakar kemenangan ketiga berturut-turut termasuk menewaskan Kelantan malam tadi (malam kelmarin),” katanya semalam.

Ingatan Idris

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron mahu rentak kemenangan MU ke atas Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bahru malam kelmarin dikekalkan apabila melayan kunjungan Pahang, Sabtu ini.

Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berkata, kemenangan ketiga berturut-turut termasuk di pusingan kedua Piala FA mengatasi PKNS FC itu diharap mampu menjadi azimat berharga kepada skuad Hang Tuah untuk beraksi lebih konsisten di gelanggang sendiri pada perlawanan itu.

“Saya gembira kerana pemain memberi reaksi balas positif selepas saya menuntut mereka bangkit selepas sekadar seri 1-1 berdepan Selangor dan tewas 3-2 kepada Perak serta T Team (2-1) dalam tiga pertemuan awal,” katanya.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Aksi pemain Kelantan, Mohamad Ghaddar (dua dari kiri) diasak pertahanan Melaka United dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, kelmarin.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Aksi pemain Kelantan, Mohamad Ghaddar (dua dari kiri) diasak pertahanan Melaka United dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia