Berita Harian

PHILIPPINE AIRLINES

Tawar penerbanga­n harian Manila-kuala Lumpur 8 Jun

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Syarikat penerbanga­n Filipina, Philippine Airlines menyambung semula operasinya ke Kuala Lumpur dengan menawarkan penerbanga­n harian laluan Manila-kuala Lumpur bermula 8 Jun ini.

Naib Presiden Jualan Philippine Airlines, Ryan T Uy, berkata, kemasukan semula Philippine Airlines itu mampu meningkatk­an ekonomi dua hala, pelaburan dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata, Malaysia adalah hub kepada negara ASEAN yang mampu menyumbang kepada peluang pelaburan serantau.

Peluang perniagaan dua hala

“Penerbanga­n terus ini mampu membuka peluang perniagaan dua hala. Kami menyasarka­n penerbanga­n Manila-kuala Lumpur ini pada tahun pertama mampu menyumbang 80 peratus faktor muatan penumpang.

“Jika pasaran memberangs­angkan, syarikat juga bercadang membuka penerbanga­n terus dari Kota Kinabalu dan Sandakan terus ke Selatan Filipina,” katanya ketika majlis pelancaran penerbanga­n Manila-kl di Kuala Lumpur, semalam.

Ryan berkata, hampir 800,000 pekerja Filipina berada di Malaysia dengan lebih 500,000 kini berada di Sabah dan Sarawak.

Katanya, selain penerbanga­n terus ke Manila, pihaknya turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai sambungan penerbanga­n ke Amerika Utara, Selatan Pasifik, Jepun dan China.

Sempena dengan pelancaran penerbanga­n terus Manila-kuala Lumpur itu, Philippine Airlines memberikan tawaran istimewa serendah RM398 untuk tarikh penerbanga­n pada 8 Jun hingga 15 Disember.

Philippine Airlines turut menawarkan promosi penerbanga­n ke tiga lokasi di Amerika Syarikat serendah RM2,202 dengan penerbanga­n melalui Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] ?? Ryan T Uy (kiri) pada majlis pelancaran penerbanga­n Manila-kl di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] Ryan T Uy (kiri) pada majlis pelancaran penerbanga­n Manila-kl di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia