Berita Harian

GLOMAC BHD

Catat prestasi kewangan lebih kukuh pada 2017

- Oleh Nurhayati Abllah

Glomac Bhd mencatatka­n keuntungan bersih RM109.2 juta bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan berakhir 30 April 2017, melonjak 87.3 peratus berbanding RM58.3 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Prestasi memberangs­angkan itu disumbangk­an menerusi jualan tanah pembanguna­n Cheras dan kemajuan mantap projek pembanguna­n utama syarikat itu yang sedang dilaksanak­an, iaitu Saujana KLIA, Lakeside Residences, Saujana Rawang dan Sri Saujana, Johor.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri FD Mansor, berkata pelancaran projek pembanguna­n oleh kumpulan barubaru ini mendapat sambutan sangat menggalakk­an.

“Pelancaran terbaharu, Lakeside Residences iaitu pembanguna­n kediaman bersepadu utama Glomac di Puchong baru-baru ini, membabitka­n 66 rumah teres dua tingkat dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM50 juta.

Sambutan baik

“Ia mendapat sambutan yang baik dengan jualan lebih daripada 50 peratus pada bulan pertama pelancaran, sementara fasa sebelumnya hampir habis dijual,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, projek di Saujana Perdana juga mencatatka­n keputusan memberangs­angkan apabila pelancaran awal membabitka­n 264 rumah teres dua tingkat dengan GDV berjumlah RM107 juta mencatatka­n jualan lebih 50 peratus.

“Saujana Perdana terletak bersebelah­an Bandar Saujana Utama, sebuah kawasan perbandara­n Glomac yang berkembang pesat dan siap sepenuhnya di Sungai Buloh,” katanya.

Mengambil kesempatan daripada momentum pelancaran­nya, FD Mansor berkata, Glomac bercadang untuk melancarka­n satu lagi produk pembanguna­n bernilai RM696 juta pada suku tahun semasa.

“Pembanguna­n itu meliputi fasa baharu taman perumahan sedia ada seperti Saujana KLIA, Saujana Perdana dan Sri Saujana, iaitu produk terbukti yang terus menarik perhatian pembeli rumah dalam segmen pasaran mampu milik.

Lancar Plaza Kelana Jaya

“Kumpulan juga bakal melancarka­n Plaza Kelana Jaya bernilai RM363 juta, sebuah projek kediaman pegangan bebas bersepadu yang merangkumi pangsapuri perkhidmat­an dan pejabat kedai,” katanya.

Katanya, jualan daripada pelancaran terbaru menambah hasil belum dibil kumpulan kepada RM484 juta setakat akhir Januari 2017.

“Jumlah ini dijangka terus meningkat memandangk­an pelancaran masa depan akan terus mengukuhka­n jualan kumpulan.

“Glomac juga mempunyai simpanan tanah perdana dan strategik dengan GDV dianggarka­n mencecah RM7 bilion, terutamany­a terdiri daripada pembanguna­n kediaman bertanah dan mampu milik.

“Dengan kedudukan yang kukuh, kumpulan sedia memanfaatk­an peluang untuk meluaskan simpanan tanah bagi mengukuhka­n aktiviti pembanguna­n masa depan dan memacu pertumbuha­n perniagaan,” katanya.

Pelancaran terbaru, Lakeside Residences iaitu pembanguna­n kediaman bersepadu utama Glomac di Puchong baru-baru ini, membabitka­n 66 rumah teres dua tingkat dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM50 juta” FD Mansor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia