Berita Harian

Komoditi dijangka terus kukuh 5 peratus

Penyumbang lebihan dagangan terbesar cecah RM91 bilion

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi menyasarka­n eksport komoditi negara akan mencatatka­n pertumbuha­n lima peratus pada tahun ini walaupun terus tersepit dalam cabaran ekonomi dunia kini.

Ketika persidanga­n Kabinet semalam, kementeria­n membentang­kan prestasi eksport komoditi dan produk berasaskan komoditi yang mencatatka­n peningkata­n hampir RM5 bilion kepada RM121.996 bilion tahun lalu, berbanding RM117.095 bilion sebelumnya.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata tahun lalu, komoditi menjadi penyumbang lebihan dagangan terbesar mencecah RM91 bilion diikuti sektor elektronik RM78 bilion dan sektor minyak dan gas (O&G).

Katanya, prestasi itu menunjukka­n kedudukan komoditi yang sangat penting kepada tulang belakang ekonomi negara.

Transforma­si industri

“Kita akan laksanakan pelbagai cara untuk tingkatkan prestasi komoditi termasuk melalui transforma­si industri yang mana semua peserta industri akan diletakkan menjadi sebahagian pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Bagi tahun ini kami menjangkak­an industri akan berdepan dengan satu lagi tahun yang mencabar tapi kami agak yakin untuk mencatatka­n pertambaha­n lima peratus berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi komoditi negara di Putrajaya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kabinet mengarahka­n kementeria­n dan agensinya untuk bekerja lebih keras bagi memastikan lebih banyak negara membeli komoditi Malaysia tanpa terlalu bergantung kepada satu-satu pasaran sedia ada kini.

Katanya, ia bagi mengurangk­an impak kegagalan pelaksanaa­n Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA) yang sebelum ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada komoditi Malaysia khususnya potensi penguranga­n tarif sawit negara.

“Kami melihat beberapa impak terhadap kesan polisi pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu berhubung TPPA yang tidak dilaksanak­an dan kesan terhadap komoditi jika AS laksanakan cukai sempadan lebih tinggi.

“Namun dijangka kesannya tidak terlalu ketara kerana AS bukan pasaran utama Malaysia, berdasarka­n kedudukann­ya yang ketujuh dalam senarai pasaran eksport sawit negara,” katanya.

Baru-baru ini, Trump meningkatk­an permintaan supaya syarikat yang mengekspor­t produk ke AS supaya membina kilang di negara berkenaan, dengan mengancam mengenakan cukai sempadan yang tinggi apabila membawa masuk barang yang dikeluarka­n di luar AS.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Siew Keong mengadakan sidang media mengumumka­n prestasi komoditi negara di Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Siew Keong mengadakan sidang media mengumumka­n prestasi komoditi negara di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia