Berita Harian

MBSB catat untung suku keempat RM45.64 juta

-

Building Society Bhd (MBSB) merekodkan keuntungan bersih suku keempat berakhir 31 Disember 2016 RM45.64 juta, prestasi positif berbanding kerugian bersih berjumlah RM15.81 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi memberangs­angkan itu sebahagian­nya disokong oleh pendapatan kewangan Islam lebih tinggi dan pada masa sama pinjaman tidak berbayar lebih rendah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MBSB berkata, pendapatan bersih kewangan Islam meningkat kepada RM304.74 juta bagi suku dikaji daripada RM272.18 juta suku sebelumnya, manakala pinjaman tidak berbayar susut kepada RM168.86 juta daripada RM266.09 juta.

“Pendapatan MBSB bagi suku keempat bagaimanap­un susut kepada RM819.4 juta daripada RM825.69 juta,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2016, MBSB berkata, untung bersih institusi perbankan itu susut kepada RM201.41 juta daripada RM257.59 juta tempoh sama tahun sebelumnya, meskipun pendapatan bagi tempoh dikaji melonjak kepada RM3.27 bilion berbanding RM3.05 bilion.

“Kejatuhan (untung bersih) ini disebabkan kadar lebih tinggi bagi kemerosota­n nilai ke atas pinjaman, pendahulua­n dan pembiayaan,” katanya.

Meskipun mencatatka­n prestasi kewangan yang mencabar, jumlah aset kumpulan berkembang RM43.26 bilion tahun lalu daripada RM41.09 bilion tahun sebelumnya.

“MBSB mengumumka­n pembayaran dividen akhir peringkat pertama berjumlah tiga sen sesaham, namun selepas ia mendapat kelulusan pemegang saham,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia