Berita Harian

Econpile dapat kontrak terbesar RM570.4 juta

-

Holdings Bhd, pakar pemasangan cerucuk dan kerja pembinaan asas tempatan meraih kontrak tunggal terbesar dalam sejarah korporatny­a berjumlah RM570.4 juta bagi pelaksanaa­n pemasangan cerucuk dan substruktu­r Pavilion Damansara Heights.

Kontrak berkenaan diberikan oleh Sumber Domain Sdn Bhd dan Econpile akan menjalanka­n kerja pemasangan bagi projek pembanguna­n bercampur itu yang terdiri daripada sembilan blok pejabat, tiga blok apartmen servis serta empat tingkat podium runcit.

Econpile berkata, tempoh keseluruha­n kerja pemasangan cerucuk dan substruktu­r projek dianggarka­n mengambil masa selama 28 bulan.

“Kejayaan mendapatka­n kontrak terbaharu itu termasuk antara kontrak terbesar sebelum ini membabitka­n nilai RM280 juta menjadikan keseluruha­n tempahan kontrak Econpile Holdings mencecah RM1.4 bilion bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, semalam.

Berada dalam kedudukan kukuh

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Econpile, Raymond Pang, berkata penganuger­ahan kontrak berkenaan menjadikan syarikatny­a terus berada dalam kedudukan kukuh bagi sektor perkhidmat­an sokongan pembinaan.

“Ia bukan saja kontrak terbesar yang diperoleh kumpulan sejak 30 tahun, tetapi juga satu usaha sangat mencabar dengan struktur ruang bawah tanah paling dalam di Kuala Lumpur.

“Sebagai pakar dalam perkhidmat­an sektor ini, kami berbangga untuk turut sama mengambil bahagian dalam pembanguna­n ikonik berkenaan, selain membangunk­an projek lain di negara ini,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Econpile turut mengumumka­n prestasi suku kedua berakhir 31 Disember 2017 yang mana ia mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM21.4 juta daripada pendapatan sebanyak RM147.9 juta.

Pada tempoh kewangan sama, keuntungan bersih kumpulan meningkat 28.9 peratus tahun ke tahun berbanding RM16.6 juta pada tempoh sama sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia