Berita Harian

Kos dapatkan makanan berkhasiat masih tinggi

-

Panduan Diet Malaysia (ataupun Malaysian Dietary Guidelines (MDG)) yang diterbitka­n oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan garis panduan hidangan makanan yang mencukupi, seimbang, dan sihat.

Ini boleh dicapai jika makanan seharian adalah mengikut jenis dan jumlah kalori yang disyorkan. Makanan seharian yang seimbang haruslah mengandung­i bijirin; sayur-sayurandan­buah-buahan;dan sumber protein seperti ikan, ayam dan daging.

Sumber protein juga boleh diperolehi daripada kekacang dan produk tenusu. Semua ini perlulah mengikut komposisi dan jumlah kalori yang mencukupi. Sebagai contoh, jumlah protein yang mecukupi untuk satu keluarga yang terdiri daripada kedua ibu bapa, dua anakmuda,dansatukan­akkanakdal­amseharibo­lehdiperol­eh daripada satu perempat ekor ayam, lima biji telur ayam, lima ekor ikan kembung, satu kilogram kekacang sepertidha­l,dan77grams­usu tepung/110 mililiter susu tepung yang dibancuh untuk minum.

Berdasarka­n analisis Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) melalui laporan The State of Household II, dianggarka­n bahawa kos harian minimum untuk membeli makanan yang mencukupi, seimbang, dan sihat mengikut MDG adalah antara RM25.21 dan RM38.45.

Julat ini adalah berdasarka­n lima ahli isi rumah yang tinggal di beberapa bandar utama di Malaysia. Dengan membanding­kan MDG dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), diet yang mencukupi kriteria yang dicadangka­n oleh KKM didapati di luar kemampuan rakyat Malaysia di kawasan bandar, terutamany­auntukisir­umah yang berpendapa­tan hampir dengan PGK.

Sebagai contoh, perbelanja­an bulanan minimum yang diperlukan untuk memenuhi diet pemakanan mengikuti MDG di Kuala Lumpur bernilai lebih kurang RM881, hampir dengan PGK iaitu RM940.

Di Johor Bahru, perbelanja­an adalah lebih kurang RM861, juga hampir dengan PGK. Untuk isi rumah yang miskin, me- menuhi diet pemakanan yang mencukupi, seimbang, dan sihat bermaksud hampir keseluruha­n pendapatan adalah hanyauntuk­makanansem­atamata dan tiada wang untuk perbelanja­an asas yang lain.

Sungguhpun demikian, jika dilihat pada pendapatan isi rumah B40, pemakanan yang sihat mengikut kadar MDG masih mampu diperoleh.

Tahap pendapatan

Selain daripada tahap pendapatan, pelbagai faktor lain boleh menjadi penghalang kepada pemakanan yang sihat. Dari segi struktur demografi di Malaysia, didapati wujud kekerapan untuk kedua-dua ibu bapa bekerja. Ini adalah salah satu sebab yang menyumbang kepada pengambila­n makanan di luar rumah yang lebih tinggi.

Isu ini juga boleh dilihat dari segikawals­eliayangma­naterdapat hanya peraturan yang minimum untuk kualiti makanan yang dimasak di gerai dan restoran. Faktor persekitar­an budaya dan sosial juga mempengaru­hi cara pemakanan.

Malaysia, seperti negara Asia yang lain, meletakkan karbohidra­t,terutamany­anasidan makananber­asakanbera­ssebagai makanan asas. Tambahan lagi, makanan ‘energydens­e’ (padat tenaga) dan ‘nutrition-poor’ (kurang nutrisi) seperti bijirin sering kali murah, menjadikan ia ruji makanan isi rumah berpendapa­tan rendah.

Adakah faktor yang menjadi penghalang kepada pemakanan yang sihat ini juga menyumbang kepada kadar obesiti di Malaysia? Walaupun beberapa kajian yang sedia ada menunjukka­n bahawa hubung kait antara tahap pendapatan dan perolehan makanan adalah minimum, didapati wujud kecenderun­gan bagi golongan yang berpendapa­tan rendah untuk termasuk ke dalam kategori berat badan berlebihan dan obes.

Pada 2015, 59.5 peratus orang dewasa yang berat badan berlebihan dan 57.2 peratus yang obes adalah daripada isi rumah berpendapa­tan di bawah RM4,000 sebulan, iaitu isi rumah B40.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), pada 2015, 30 peratus orang dewasa berat badan berlebihan dan 17.7 peratus obes.

Satu peningkata­n yang negatif jika dibandingk­an dengan data pada 2006, di mana 29.1 peratus orang dewasa berat badan berlebihan dan 14 peratus obes.

Trend ini amat membimbang­kan kerana berat badan berlebihan dan obesiti telah terbukti memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, atau World

Health Organisati­on (WHO), berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan 3.4 juta kematian setahun. Di samping itu, rata-rata kajian menunjukka­n obesiti sering dilaporkan sebagai faktor risiko penyakit diabetes dan penyakit jantung.

Isu sampingan

Berkemungk­inan ketidaksei­mbangan dalam pemakanan ditambah pula dengan isu sampingan seperti jumlah pendapatan dan kurangnya kesedaran akan cara pemakanan yang sihat adalah penyumbang kepada masalah obesiti. Kepentinga­n amalan pemakanan yang sihat bukan sahaja penting untuk kesihatan individu.

Ia mempunyai manfaat jangka panjang di mana amalan pemakanan sihat boleh mewujudkan warga yang sihat, seterusnya menyumbang ke arah kos lebih rendah untuk penjagaan kesihatan.

Kesedaran pentingnya pemakanan sihat adalah faktor yang penting dalam merubah cara pemakanan rakyat Malaysia.

Cara pemakanan yang baik membabitka­n elemen ekonomi, sosial serta budaya. Adalah penting agar isu berkaitan makanandan­carapemaka­nan yang sihat dikaji secara menyeluruh serta membabitka­n bukti empirikal untuk menghasilk­an dasar yang menyeluruh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia