Berita Harian

Lamborghin­i Aventador S RM3.3 juta dilancar

-

JH Italia Sdn Bhd, juga dikenali sebagai Lamborghin­i Kuala Lumpur, pusat jualan, servis dan alat ganti tunggal Lamborghin­i di Malaysia, melancarka­n Lamborghin­i Aventador S berharga RM3.3 juta.

Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye, berkata model terkini kereta super ikonik itu dijangka diterima baik oleh orang awam.

“Kami telah menerima lima pesanan bagi Aventador S yang baharu dan sasaran pasaran model ini ialah pemilik Lamborghin­i lama yang mahu menaik taraf dan mereka yang mahu mencuba segmen V12.

“Aventador S adalah satu-satunya kereta penumpang yang mengguna enjin pertengaha­n V12. Ia memiliki gaya lebih kemas berbanding model sebelumnny­a, Aventador, yang dilancarka­n pada 2011,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran eksklusif kereta berkenaan di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, harga Aventador S di atas jalan raya ialah RM3.3 juta, tanpa insurans serta cukai jalan dan tempoh menunggu ialah antara enam hingga 12 bulan, bergantung pada kilang pengeluara­nnya di Itali.

Jual 20 keret asu per tahun lalu

Chye berkata, pada tahun lalu, Lamborghin­i Kuala Lumpur berjaya menjual 20 kereta super termasuk Aventador dan Huracan, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) Lamborghin­i akan dijual pada tahun hadapan.

“Terdapat kira-kira 60 Lamborghin­i di Malaysia dan 50 daripadany­a dijual oleh Lamborghin­i Kuala Lumpur,” katanya.

Aventador S baharu itu menampilka­n beberapa penambahba­ikan luaran, di bahagian hadapan dan belakang serta menggabung­kan pacuan empat roda, suspensi aktif baru, sistem stereng empat roda baru dan mod pemanduan EGO.

Kereta berkuasa kuda 740 itu, boleh memecut dari 0 hingga ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam 2.9 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 350 km/j.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] ?? Marcus Chye pada pelancaran Lamborghin­i Aventador S di Shah Alam, semalam.
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN / BH ] Marcus Chye pada pelancaran Lamborghin­i Aventador S di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia