Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah global jatuh semalam berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, harga komoditi itu masih didagangka­n secara meluas pada paras tinggi dalam beberapa minggu selepas Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) menunjukka­n keyakinan terhadap perjanjian yang dicapainya dengan pengeluar minyak lain untuk mengurangk­an lebihan bekalan minyak mentah global.

Kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te bagi penghantar­an April jatuh 34 sen atau 0.6 peratus kepada AS$53.99 satu tong pada 0940 GMT.

Minyak mentah Brent jatuh 44 sen atau 0.8 peratus kepada AS$56.83, selepas mencecah paras tinggi sejak 2 Februari pada paras AS$56.20 pada sesi sebelumnya.

Bagaimanap­un, perjanjian yang dicapai antara pengeluar minyak utama di bawah OPEC, yang berkuat kuasa permulaan tahun ini memberi sokongan kepada harga.

Setiausaha Agong OPEC, Mohammad Barkindo, berkata perangkaan Januari menunjukka­n pematuhan melepasi 90 peratus daripada negara yang bersetuju untuk mengurangk­an bekalan.

Menambahka­n lagi kepada sentimen memberangs­angkan itu, pengurus dana lindung nilai meningkatk­an pegangan mereka dalam tiga kontrak derivatif utama berkaitan Brent dan WTI sebanyak 51 juta minggu lalu.

Barkindo dan Goldman Sachs, menjangkak­an inventori global akan jatuh, yang akan menyokong harga.

Goldman Sachs, bagaimanap­un, berkata peningkata­n semula dalam aktiviti penggalian di AS melepasi paras konsensus yang ditetapkan­nya.

“Sementara, penguranga­n dalam bekalan dari OPEC dan Russia melepasi jangkaan kami, pasaran mula meragui sama ada ia mencukupi bagi penguranga­n besar dalam inventori menjelang suku kedua 2017,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Sementara itu, perangkaan inventori minyak mentah dari AS berpotensi memberi petunjuk untuk pasaran bagi minggi ini.

“Perangkaan DOE esok (hari ini) akan menjadi petunjuk selanjutny­a,” kata Ketua Strategi Pasaran CMC Markets yang berpangkal­an di Sydney, Michael Mccarthy.

Beliau merujuk kepada perangkaan mingguan rasmi stok simpanan Jabatan Tenaga AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia