Berita Harian

FBM KLCI meningkat 1.53 mata

Belian saham wajaran tinggi terpilih pacu pasaran tempatan

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dalam jajaran dagangan kecil serta seiring prestasi positif pasaran serantau lainnya.

Malah, sokongan belian terhadap saham berwajaran tinggi terpilih memacu petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang ditutup 1.53 mata lebih tinggi kepada 1,708.08 pada jam 5 petang semalam.

Indeks itu yang dibuka pada paras 1,708.69 berbanding 1,706.55 pada Selasa, berlegar sekitar paras 1,704.42 dan 1,709.10 sepanjang sesi dagangan semalam.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung menga tasi rugi iaitu 474 berbanding 389 manakala 389 kaunter lain tidak berubah, 476 tidak didagangka­n dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanap­un susut kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.78 bilion berbanding 2.89 bilion unit bernilai RM2.36 bilion pada Selasa.

Bursa Asia lainnya menyaksika­n Hang Seng Hong Kong melonjak 238.33 mata kepada 24,201.96; Straits Times Singapura menokok 26.84 mata kepada 3,121.03 manakala Komposit Shanghai, China naik 7.89 mata kepada 3,261.22.

Sementara itu dalam satu nota penyelidik­an semalam, Kenanga Research berkata, aktiviti pengambila­n untung yang dicatat kelmarin memaparkan momentum peningkata­n pasaran.

“Bagaimanap­un secara keseluruha­nnya, (prestasi) pasaran berkemungk­inan mencatat perkem bangan mendatar pada minggu ini,” katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, Genting Malaysia meraih 20 sen kepada RM5.40, IOI Corp dan MISC naik sembilan sen masingmasi­ng kepada RM4.60 dan RM7.80 manakala Petronas Chemicals menambah empat sen kepada RM7.37.

Saham aktif pula menyaksika­n Hibiscus Petroleum dan Sterling Progress meningkat setengah sen masingmasi­ng kepada 51.5 sen dan 21 sen, IFCA MSC dan KNM Group menokok satu sen masingmasi­ng kepada 51.5 sen dan 36.5 sen manakala Airasia menambah lapan sen kepada RM2.83.

Indeks FBM Emas meningkat 19.48 mata kepada 12,046.44, Indeks FBMT 100 menambah 16.47 mata kepada 11,722.81 manakala FBM 70 menokok 42.30 mata kepada 13,968.89.

Bagaimanap­un, Indeks FBM Emas merosot 3.37 mata kepada 12,516.76 dan Indeks FBM Ace pula merosot 4.62 mata kepada 5,375.78.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n menokok 26.26 mata kepa da 8,032.21, Indeks Perusahaan naik 5.27 mata kepada 3,283.96 manakala Indeks Kewangan meningkat 0.37 mata kepada 15,065.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.78 bilion berbanding 2.02 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Selasa.

Pasaran ACE bagaimanap­un susut kepada 607.17 juta saham bernilai RM127.93 juta berbanding 628.53 juta saham bernilai RM121.26 juta.

Waran juga berkuranga­n kepada 221.37 juta unit bernilai RM31.57 juta daripada 232.82 juta unit bernilai RM28.85 juta.

Barangan pengguna menyumbang 93.20 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (597.72 juta), pembinaan (92.08 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (749.18 juta), teknologi (61.31 juta), infrastruk­tur (12.05 juta), SPAC (11.82 juta), kewangan (83.53 juta), perhotelan (384,200), hartanah (109.96 juta), perladanga­n (30.29 juta), perlombong­an (sifar), REIT (16.53 juta) dan dana tertutup (35,500).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia