Berita Harian

Peniaga serantau kembali positif

-

Hong Kong kembali melantun dan menjadikan kebanyakan pasaran Asia lebih tinggi semalam, selepas HSBC menjunam pada hari sebelumnya.

Bagaimanap­un Tokyo bergelut dengan yen yang mengukuh.

Peniaga serantau kembali meneliti rekod penutupan di Wall Streets selepas cuti ‘Hari Presiden’ dengan data harga minyak yang lebih tinggi dan ekonomi zon euro kembali pulih.

Indeks Hang Seng di Hong Kong berdepan krisis pada Selasa selepas HSBC mengumumka­n kemerosota­n keuntungan pada tahun lalu selain berdepan ketidakten­tuan daripada Brexit dan Donald Trump.

Gergasi perbankan itu susut lima peratus.

Manakala bagi Shanghai, Sydney dan Seoul masingmasi­ng pada 0.2 peratus, sementara Singapura, Taipei dan Manila turut meningkat.

Tokyo ditutup lebih rendah berikutan pengekspor­t dibebankan dengan pengukuhan yen, walaupun ia dilihat kembali pulih pada jualan besarbesar­an di sebelah pagi.

Dolar berundur di Asia selepas kembali rali pada Selasa sebagai tindak balas kepada maklumat daripada pegawai kanan Rizab Persekutua­n yang mengatakan kemungkina­n ada kenaikan kadar faedah pada Mac.

Pengerusi Fed, Janet Yellen minggu lalu memberi gambaran mengenai kemungkina­n kenaikan kadar pada bulan depan.

“Pasaran sangat berubah dise babkan sepanjang minggu lalu, disebabkan dolar pada minggu lalu tidak menentu berikutan komen agresif Yellen selain data ekonomi AS yang baik,” kata peniaga kanan di OANDA, Stephen Innes, dalam notanya.

Dalam dagangan awal Eropah, London menambah 0.1 peratus, sementara Paris dan Frankfurt masingmasi­ng memperoleh 0.2 peratus.

 ?? [ FOTO REUTRS ] ?? Pengukuhan yen beri tekanan kepada Indeks Nikkei di Tokyo, semalam.
[ FOTO REUTRS ] Pengukuhan yen beri tekanan kepada Indeks Nikkei di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia