Berita Harian

ORANG MUDA

Tanamurthy manfaat pengalaman saji kopi terbaik buat pelanggan

-

Barista jadi pemilik kafe kopi

Tidak pernah terlintas dalam fikiran anak muda ini untuk membuka sebuah kafe selepas sepuluh tahun menjadi barista (pembancuh kopi profesiona­l).

L Tanamurthy mula menggemari kopi selepas bekerja secara sambilan di sebuah rangkaian kafe terkemuka ketika belajar Tingkatan Enam dan akan menduduki Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

Selepas sekian lama berkecimpu­ng dalam bidang ini, beliau mula memasang niat untuk membuka kafe satu hari nanti.

“Ketika itu juga saya berangan-angan untuk menyediaka­n bancuhan kopi terbaik khas buat pelanggan.

“Pada masa sama, saya juga berjimat cermat mengumpul wang untuk dijadikan modal permulaan sebelum memulakan langkah membuka kafe.

“Modal sahaja tidak mencukupi kerana saya perlu menambah pengetahua­n dalam bidang perniagaan termasuk kos awal dan operasi yang perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.

Persiapan lain termasuk melakukan kajian mengenai cabaran pasaran serta sasaran pelanggan,” katanya ketika ditemui di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Kafe La Espresso terletak di Pusat Komersial di Pusat Komersial Sunway Perdana, Seberang Jaya sejak tiga tahun lalu merealisas­ikan cita-citanya yang terpendam sejak sekian lama.

Sentiasa pilih yang terbaik

Lebih menarik, Tanamurthy yang lebih mesra dengan panggilan Tana berkata, disebabkan sentiasa mahukan yang terbaik, beliau memberanik­an diri mencari kelainan dengan menggunaka­n biji kopi berkualiti jenama Mokaflor.

Kopi ini diimport dari Firenze, Itali. Ada pelanggan setia sanggup merentasi Jambatan Pulau Pinang setiap minggu sematamata untuk menikmati secawan kopi di kafenya.

Katanya, La Espresso adalah satu-satunya kafe di Malaysia yang menggunaka­n biji kopi jenama terbabit dan ternyata, pilihannya itu mendapat reaksi positif pelanggan.

“Impian saya hanyalah ingin memastikan komuniti setempat mempunyai tempat melepak dan duduk sambil menghirup minuman kegemaran mereka,” katanya

Pastikan pelanggan puas hati

Anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini berkata, minatnya terhadap kopi ini bukan hanya berlandask­an kepada minuman sematamata, malah segala teknik dipelajari ketika menjadi barista dipraktikk­an untuk menyediaka­n kopi terbaik.

Segala pengalaman dimanfaatk­an bagi memastikan perniagaan yang diusahakan ini berjalan lancar.

“Saya bukan saja

melakukan penyelidik­an dalam memilih biji kopi, malah resipi penyediaan­nya diselarask­an dengan selera penggemar kopi di sini.

“Paling penting, pelanggan berpuas hati dengan harga secawan minuman yang dibayar,” katanya.

Tetap bekerja ikut syif

Tana berkata, walaupun dianggap sebagai bos, namun rutin kerja hariannya tetap sama apabila beliau juga bekerja tujuh hari seminggu mengikut syif yang ditetapkan.

Ini kerana beliau sendiri gemar berada di kafe membantu menguruska­n pesanan pelanggan.

“Ada masanya saya bekerja sehingga kafe tutup pada jam 12 tengah malam atau masuk pada syif yang bermula seawal jam 4 petang.

“Jadual waktu sahaja berubah-ubah sedangkan gerak kerja sama sahaja iaitu uruskan stok, kira akaun, buat kopi dan mengambil pesanan dan menyediaka­n sajian.

“Memang ada kalanya terasa penat, namun ia memberi kepuasan kerana pelanggan berpuas hati.

“Ini adalah passion dan saya gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Impian saya hanyalah ingin memastikan komuniti setempat mempunyai tempat melepak dan duduk sambil menghirup minuman kegemaran mereka” L Tanamurthy, Pembancuh kopi profesiona­l

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO AMIR IRSYAD OMAR / BH ] ?? L.tanamurthy, mahir menghasilk­an kopi yang terbaik.
[ FOTO AMIR IRSYAD OMAR / BH ] L.tanamurthy, mahir menghasilk­an kopi yang terbaik.
 ??  ??
 ??  ?? Tanamurthy, menunjukka­n bagaimana menghasilk­an kopi yang terbaik.
Tanamurthy, menunjukka­n bagaimana menghasilk­an kopi yang terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia