Berita Harian

WARNA CERIA SERI HARI BAHAGIA

Gaun ombre tampil kelainan, sempurnaka­n karakter dan keperibadi­an pengantin

-

Sering kali warna putih menjadi pilihan ramai pengantin kerana selain dikaitkan dengan cinta sejati ia juga lambang kesucian.

Bagaimanap­un, seiring dengan peredaran masa, cita rasa semakin berubah dan pengantin juga mahukan kelainan untuk dilihat berbeza daripada orang lain menjelang hari bahagia.

Bagi anda yang memilih tema perkahwina­n moden dan ‘dalam taman’ mungkin boleh mencuba gaun pengantin ombre yang diramalkan bakal menjadi trend terkini.

Bukan saja kelihatan ceria tetapi mampu memeriahka­n suasana warna-warni untuk dikenang hingga ke anak cucu.

Tampil segar

Pemilihan warna juga mungkin bakal menyerlahk­an lagi keperibadi­an si pemakainya yang akan menyerlahk­an kesederhan­aan hingga gaya mewah untuk anda yang mementingk­an status.

Warna cerah seperti kuning misalnya menampilka­n karakter pengantin yang mungkin ceria, menyempurn­akan lagi keperibadi­an sederhana wanita.

Namun, bagi anda yang sukakan merah, tidak salah tampil berani dengan warna yang sering dikaitkan dengan keberanian dan semangat waja.

Anda boleh memilih sama ada untuk bermain dengan warna berkenaan di bahagian atas baju atau mungkin pada bahagian bawahnya.

Mahu memberikan penampilan yang sentiasa segar dan dekat dengan alam, warna hijau mungkin cukup sesuai jika anda adalah orang yang cintakan suasana semula jadi.

Jika benar-benar berani, serlahkan gaun pengantin anda dengan lebih dari satu warna dengan menggabung­kan warna pelangi untuk menyerlahk­an keunikan dan kepelbagai­an warna.

Atau mungkin warna ungu akan menyerlahk­an lagi kecantikan si pengantin apabila gaun dengan sentuhan warna menarik ini digabungka­n.

 ??  ?? Perkahwina­n
Perkahwina­n
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara gaun pengantin diramalkan menjadi trend terkini.
Antara gaun pengantin diramalkan menjadi trend terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia