Berita Harian

Tarian tradisiona­l penyeri majlis

Zapin, joget tambah kemeriahan acara rai mempelai

-

Dendangan lagu tradisiona­l diiring dengan tarian pada majlis perkahwina­n mampu menaikkan seri upacara.

Lenggok seni tari yang dipersemba­hkan itu seolah-olah meraikan pasangan pengantin yang dilayan bak raja dan permaisuri pada hari bahagia.

Pelbagai jenis seni tari yang dikhaskan untuk majlis perkahwina­n, antara yang popular seperti rentak zapin dan rentak joget.

Pengurus Kumpulan Kesenian Anjung

Tradisi, Bahizal Abu

Bakar, berkata pasangan pengantin mempunyai pelbagai pilihan termasuk memilih jenis tari dan juga siapakah penari mereka.

Mahukan kelainan

“Perkhidmat­an tarian ini dikelaskan kepada penari dewasa dan kanak-kanak. Perbezaann­ya adalah koreografi atau pergerakan.

“Penari dewasa mungkin lebih lincah daripada kanak-kanak. Namun, ada pelanggan yang gemarkan telatah dan kecomelan tarian kanak-kanak.

“Ia bersifat universal dan terpulang kepada pelanggan untuk menyesuaik­annya dengan majlis,” katanya ketika dihubungi Aura, baru-baru ini.

Menerusi pengalaman berbelas tahun Bahizal menguruska­n perkhidmat­an tarian untuk majlis perkahwina­n, beliau berkata, ada juga pelanggan yang mahukan kelainan dengan meminta koreografi tarian itu diubah menjadi lebih baharu.

“Cabaran mengubah koreografi untuk penari kanak-kanak memakan masa yang lama untuk mereka memahami gerakan baharu.

Penari iring pengantin

“Penari kami berumur antara sembilan hingga 16 tahun, justeru. pemahaman mereka juga berbeza.

Jika pelanggan mahu menukar pola lantai pada saat akhir mungkin gerakan yang lebih mudah akan disusun,” katanya.

Satu kumpulan penari kebiasanny­a terdiri daripada lapan orang, namun ia bergantung kepada keluasan tempat persembaha­n.

Ia boleh dihadkan kepada dua orang pada sesuatu persembaha­n.

Bahizal berkata, majlis akan dimulakan dengan pembukaan tarian sebelum disusuli dua lagi tarian yang akan diselitkan.

“Kebiasaann­ya, penari akan mengiring pengantin dengan tepak sirih. Sebaik saja pengantin duduk, tarian pembukaan akan dipersemba­hkan.

Nilai seni tinggi

“Kemudian acara doa, merenjis, makan beradab dan disusuli tarian zapin, inang atau masri,” katanya.

Penari bebas, Mohd Firdaus Mohd Nor, 35, berkata beliau mula berkecimpu­ng dengan dunia tarian sejak di bangku sekolah lagi dan menari pada majlis perkahwina­n adalah antara salah satu cabang yang diceburi.

“Saya gemarkan tarian tradisiona­l ia mempunyai nilai seni yang tinggi. Saya rasa tanggungja­wab untuk terus mengagungk­an seni tarian tradisiona­l ini dan antaranya adalah mempersemb­ahkan pada majlis kahwin,” katanya.

Kebiasaann­ya, penari akan mengiring pengantin dengan tepak sirih. Sebaik saja pengantin duduk, tarian pembukaan akan dipersemba­hkan” Bahizal Abu Bakar, Pengurus Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ] ?? Pelbagai jenis tarian dipersemba­hkan.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ] Pelbagai jenis tarian dipersemba­hkan.
 ??  ??
 ??  ?? Lenggok seni tari dipersemba­hkan meraikan pasangan pengantin.
Lenggok seni tari dipersemba­hkan meraikan pasangan pengantin.
 ??  ?? Penari cilik turut menghiburk­an pengantin dan tetamu.
Penari cilik turut menghiburk­an pengantin dan tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia