Berita Harian

Hiasan indah hantaran

-

Hantaran dalam masyarakat Melayu dianggap sebagai adat tradisi bagi kedua-dua belah pihak pengantin.

Membawa serta membalas barang hantaran satu kemestian bagi pihak lelaki dan perempuan yang juga dianggap simbolik bagi mengukuhka­n lagi perhubunga­n yang terjalin.

Barang hantaran umpama hadiah yang berupa wang atau mas kahwin dan biasanya diiringi barang lain seperti manisan, buahbuahan dan pakaian.

Lebih unik dan istimewa, setiap barang hantaran itu akan digubah cantik serta penuh kreativiti sebelum diletakkan di atas dulang yang beralas cantik dan dihiasi indah.

Guna bunga segar

Di sini kadang kala timbul konflik kecil untuk menyediaka­n hantaran. Bagi sesetengah pasangan kos membeli hantaran sudah mahal jadi mereka tidak mahu kos menghias dulang hantaran ini setinggi barang yang dibeli.

Pengubah hantaran, Rosmardian­a Roslan, 27, berkata masyarakat tempatan gemar menggunaka­n bunga segar bagi menghias dulang hantaran, ia sebagai simbolik cinta yang romantik terhadap pasangan.

“Saya gemar menggunaka­n tiga jenis bunga untuk variasi dan warna dalam menghias dulang. Antaranya bunga mawar, eustoma dan carnation atau teluki.

“Trend bunga tahun ini adalah caspian berwarna ungu. Ia perlu diimport maka harganya juga mahal.

“Beberapa jenis daun juga akan menghidupk­an hiaskan pada dulang hantaran.

“Kebanyakan pelanggan gemarkan bunga segar, tetapi bagi sesetengah kes seperti dulang itu akan dibawa ke tempat yang jauh kita nasihatkan pelanggan menggunaka­n bunga plastik atau tiruan,” katanya.

Minggu ini, AURA ingin berkongsi cara membuat dulang hantaran dengan mudah yang boleh dibuat sendiri di rumah.

 ?? [ FOTO SHIRAZ ALII /BH ] ?? Rapikan dengan menyusun bunga kecil dan daun.
[ FOTO SHIRAZ ALII /BH ] Rapikan dengan menyusun bunga kecil dan daun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia