Berita Harian

Cara kekalkan hubungan

Pelbagai kaedah boleh digunakan bagi membina keharmonia­n rumah tangga

-

Saban tahun, pakar psikologi cuba mengenal pasti apakah punca kegagalan dalam perhubunga­n. Ramai yang memberi jawapan, komunikasi yang buruk, emosi negatif dan gagal memuaskan kehendak pasangan antara punca utama kepada masalah ini.

Namun, masingmasi­ng mempunyai pandangan berbeza, ada yang menyatakan pasangan sering berinterak­si secara negatif lebih mudah bercerai pada usia perkahwina­n masih baharu.

Bagaimanap­un, ada juga pasangan yang tidak kurang menerima rangsangan positif turut bercerai tetapi selepas lama sekian lama mendirikan rumah tangga.

Jadi, bagaimanak­ah caranya untuk mengekalka­n perhubunga­n? Pakar psikologi, Amie M. Gordon dari Pusat Kesihatan dan Komuniti, University California, San Francisco, berkongsi beberapa tip saintifik keharmonia­n rumah tangga.

Bergelak ketawa dan bermain bersama

Bermain bukan hanya untuk kanakkanak. Konsep yang boleh diaplikasi­kan di sini adalah mengusik pasangan anda. Pasangan yang sering gelak bersama, dikatakan akan berpuas hati dengan perhubunga­n mereka.

Menggunaka­n lawak jenaka dalam menyelesai­kan konflik didapati mampu menyelesai­kan dengan lebih mudah. Jadi, jika anda berca dang untuk menonton filem, pilihlah genre lawak komedi atau perbincang­an yang dilihat bakal mengundang pergaduhan jadikannya sebagai satu bahan jenaka.

Cuba sesuatu yang baharu

Pastikan perkara baharu itu sesuatu yang menyeronok­kan. Dengan pengalaman baharu bersama, ia akan mencipta satu lagi memori yang sukar dilupakan.

Ia juga akan menceriaka­n perhubunga­n anda kerana mencuba sesuatu buat kali pertama.

Kajian juga menunjukka­n, kaedah ini mencegah anda dan pasangan daripada cepat berasa bosan, sekali gus akan merapatkan lagi hubungan.

Aktiviti itu tidak semestinya sesuatu yang lasak, perkara yang ringkas seperti mencuba makanan di tempat baharu juga menarik. Selain itu pergi teroka kawasan atau tempat pelanconga­n yang belum pernah pergi dan apa anda boleh berlagak seperti pelancong di negara sendiri.

Hargai pasangan

Pupuk perasaan ini kerana ia amat penting untuk sering dilakukan. Kadang kala ia perkara mudah, semudah mengucapka­n rasa terima kasih namun jarang dilakukan akan menyebabka­n pasangan berkecil hati.

Apabila pasangan tahu menghargai antara satu sama lain ia akan membuatkan mereka rasa seronok mempunyai teman hidup. Jika anda pula mengabaika­n pasangan, cuba bayangkan hidup tanpanya, atau dia pergi buat selamanya. Lakukan senaman minda seperti ini, ia akan membantu anda mengubah perasaan anda.

Kajian menunjukka­n, pasangan yang sering menghargai teman mereka lebih sukar untuk berpisah.

Raikan kejayaan

Beri sokongan ketika saat diperlukan. Sebagai manusia normal, sokongan daripada teman dan keluarga sangat penting bagi melalui hidup yang kadang kala tampak sukar untuk ditempuh.

Pasangan yang sering meraikan kejayaan masingmasi­ng lebih kekal bahagia bersama. Mereka juga dikatakan kurang konflik dan lebih seronok bersama.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia