Berita Harian

Lokan bakar tambat selera

-

Aroma lokan bakar yang dipanggang menggunaka­n kaedah tradisiona­l, pasti membuka selera sesiapa saja, apa lagi jika dinikmati bersama air kelapa bakar atau sejuk yang membasahi tekak.

Untuk menikmati hidangan itu, pengunjung boleh singgah di gerai tepi Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah, milik Ratineh Ratimin, 37.

Terletak kirakira 25 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu, tempat makan ini menjadi lokasi wajib dikunjungi bagi mereka ingin mencuba hidangan lokan, selepas puas menikmati pelbagai makanan laut segar yang mudah didapati dengan harga murah di Negeri di Bawah Bayu.

Ratineh yang juga pemilik Gerai Kelapa

Bakar Kak Tini, berkata lokan bakar itu enak dicicah bersama sambal kicap resipinya sendiri.

“Ramuan sambal saya menggunaka­n bahan asas seperti kicap, bawang dan air limau. Namun, mungkin air tangan pembuatnya membezakan sambal yang dihidangka­n,” katanya yang berniaga di situ sejak 14 tahun lalu.

Resipi turun-temurun

Difahamkan, lokan mudah ditemui di kawasan berlumpur di hutan paya bakau sekitar Tuaran, khususnya Kampung Salut.

Ratineh berkata, lokan bakar di gerainya dijual pada harga RM7, RM10, RM12 dan RM15 selonggok mengandung­i antara 15 hingga 25 lokan mengikut saiz.

Katanya, keenakan lokan bakar juga disebabkan penyediaan makanan laut itu yang dipanggang menggunaka­n kaedah tradisiona­l iaitu kayu api.

“Walaupun hanya dipanggang di atas kepingan zink menggunaka­n kayu api, inilah faktor hidangan lokan di Kampung Salut ini sedap dan wangi,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan juga boleh menikmati air kelapa muda sejuk atau kelapa bakar, selain puding kelapa pelbagai perisa sebagai sajian pencuci mulut.

 ?? [ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL /BH ] ?? Ratineh menunjukka­n lokan bakar yang sudah dipanggang dan sedia dihidangka­n kepada pelanggan.
[ FOTO MOHD NAZLLIE ZAINUL /BH ] Ratineh menunjukka­n lokan bakar yang sudah dipanggang dan sedia dihidangka­n kepada pelanggan.
 ??  ??
 ??  ?? Pelanggan juga boleh menikmati air kelapa bakar.
Pelanggan juga boleh menikmati air kelapa bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia