Berita Harian

Bakat atasi rupa

-

Bakat mengatasi rupa paras. Faktor berkenaan menjadi sandaran kedua-dua mentor yang perlu memilih protege masing-masing pada konsert pengenalan minggu kedua

Ahad lalu, di Sri

Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bagi Black dan Tomok, bakat menjadi pakej paling penting dalam memilih protege yang akan membawa perjuangan mereka di pentas MM 2017 bermula Ahad ini, seterusnya memberikan saingan sengit kepada pasukan Hazama serta Akim, yang sudah pun membuat pilihan mereka pada konsert sebelum ini.

Menurut Tomok, tidak dinafikan rupa menjadi bonus bagi seseorang itu mencipta jenama sebagai artis, namun perkara asas, pastinya bakat yang dimiliki.

“Saya mahu berkongsi dan mendidik peminat, perkara pertama yang wajar diberikan perhatian serta dihargai ialah bakat seseorang itu. Sebagai generasi baharu, saya bertanggun­gjawab memberikan penjelasan kepada peminat mengenai perkara ini.

“Saya harus memberitah­u peminat, mereka perlu melihat bakat seseorang itu sebagai keutamaan, bukan hanya memandang kepada paras rupa,” katanya kepada

kala ditemui selepas konsert pemilihan itu berakhir.

Kena bijak buat percaturan

Tomok percaya, pemilihan Along dan Qalesya sebagai anak didiknya dalam program realiti menjadi senjata paling ampuh sepanjang bersaing dalam MM 2017.

Lebih-lebih lagi, sebagai orang baharu, beliau sentiasa sedar dirinya perlu bijak dan peka membuat pilihan supaya tidak tersalah percaturan dengan tiga lagi mentor yang pastinya sudah mempunyai pengalaman ketika bersaing pada musim lalu.

“Saya yakin dengan Along sejak awal melihatnya pada sesi uji bakat. Saya tahu Along mempunyai kelebihan yang akan membuatkan semua orang kagum dengan nyanyianny­a.

“Begitu juga Qalesya yang mempunyai vokal bertenaga dan mampu mencuri perhatian siapa juga yang mendengarn­ya,” katanya penuh yakin.

Lepas peserta wajah komersial

Kata-kata penyanyi yang popular menerusi lagu

Aku Datang itu ternyata mampu diterjemah­kan melalui pilihan protegenya pada malam berkenaan. Beliau sanggup melepas Adam Malek, yang diakui mempunyai kelebihan dari aspek pakej wajah komersial.

Black turut membuat pilihan dengan meletakkan bakat sebagai penanda aras utama berbanding faktor lain dalam usaha memastikan beliau mampu memberikan saingan terhadap mentor lain.

Beliau berkata, kemampuan menyanyi dengan baik dan kemantapan vokal ialah faktor kepada pemilihan dilakukann­ya pada malam konsert terbabit.

“Saya memang memandang mereka sama rata. Pastinya, ukuran utama saya ialah bakat dan kelebihan yang mereka bawa serta mampu tawarkan dalam pertanding­an ini.

“Pada saya, semuanya berada pada tahap yang seimbang, namun persembaha­n diukur secara kolektif dan penentuan dibuat kala persembaha­n malam tadi (Ahad lalu),” katanya.

Elak rapat dengan anak didik

Beliau berkata, pemilihan Nuzul dan Syeera diputuskan berdasarka­n kelainan bakat yang mereka miliki serta kemampuan masing-masing untuk mencabar peserta lain yang bertanding.

Bercerita lanjut, Black mengakui, kali ini dirinya mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengenali rapat bakal protege yang disenaraik­an kerana bimbang akan berlaku berat sebelah.

“Saya memang enggan berhubung secara rapat dengan mereka kerana tidak mahu adanya elemen simpati atau sebaliknya. Jadi, segala penilaian dibuat tanpa ada elemen lain, selain daripada bakat mereka miliki.

“Saya akui tertekan dan selepas ini, saya perlu mengenali protege saya dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Latihan bersama

Black dan Tomok juga senada dalam pendekatan menguji kemampuan protege mereka dengan pelbagai genre muzik dalam usaha melatih bakat berkenaan menjadi penyanyi versatil.

Diajak berkongsi mengenai strategi masing-masing, baik Black mahupun Tomok mengakui mereka ada berbincang untuk mengadakan sesi latihan bersama, membabitka­n semua protege.

Beliau berkata, ia penting dalam usaha memberikan pendedahan kepada semua protege berdasarka­n pengalaman dimiliki mereka.

“Jika dilihat sebelum ini, Akim dan Hazama juga selesa bekerjasam­a kerana mereka di bawah pengurusan sama. Saya dan Tomok pula memang rapat,” kata Black.

Tomok berkata, perkara penting di sebalik persaingan antara semua empat mentor bertanding adalah mahu melahirkan penyanyi pelapis berkualiti.

“Siapa pun protege terpilih, kami mahukan semua peserta yang bertanding mempunyai peluang dan harapan yang cerah pada persaingan kali ini. Kami juga mahu mereka berada dalam industri apabila sudah tamat MM 2017 nanti,” katanya. Mentor MM 2017

 ??  ??
 ??  ?? Hazama dan Akim bersama protege masing-masing.
Hazama dan Akim bersama protege masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia