Berita Harian

Seorang bakal disingkir Ahad ini

-

itu, protege Tomok, Along, berkata beliau percaya pemilihann­ya adalah berdasarka­n bakat dimiliki dan bukannya kerana dirinya anak saudara kepada penyanyi, Ezad Lazim.

“Saya percaya abang Tomok yakin dengan bakat saya, lantas memberikan peluang kepada saya untuk bersaing. Saya berjanji akan memastikan abang Tomok bangga dengan saya,” katanya yang menambah, Ezad turut memberikan sokongan kepadanya.

Qalisya yang memiliki susuk tubuh montel berkata, beliau akui risau dengan saiz badannya, namun Tomok dan pasukannya sering memberikan kata semangat membuatkan beliau yakin memberikan persaingan.

“Satu perkara yang saya pegang, kata mereka, yang penting ialah bakat. Aspek lain pula boleh dibentuk. Kalau muka lawa tetapi tidak boleh menyanyi pun susah juga,” katanya.

Saingan bermula Ahad

Penerbit Eksekutif MM

2017, Muhammad Sufian Che Isa, berkata persaingan sebenar bakal bermula Ahad ini dengan lapan protege bakal berentap dan seorang daripada mereka akan disingkirk­an.

Beliau berkata, penilaian peserta akan bermula dengan penilaian daripada juri profesiona­l yang mewakili 50 peratus markah keseluruha­n, manakala selebihnya hasil undian dalam talian dan juri awam.

“Tidak akan ada pertukaran protege dan semuanya akan dinilai berdasarka­n persembaha­n mingguan oleh juri profesiona­l, juri awam dan undian dalam talian,” katanya.

Suffian berkata, hanya tiga peserta akan layak bersaing pada pentas akhir MM 2017 dijangkaka­n pada Mei depan.

Aiman hibur penonton

Bagi menyemarak­kan saingan, Ahad lalu, penyanyi remaja, Aiman Tino, turut dijemput membuat persembaha­n. Beliau menghiburk­an peminat dengan single baharunya, Permata Cinta, dan lagu

Ku Rela Dibenci yang turut bergelar finalis pada Anugerah Juara Lagu ke-31 itu.

Aiman juga diminta berduet dengan protege Hazama, Usop, yang tular dengan keletah bersahajan­ya menyampaik­an lagu Permata Cinta, iaitu lagu nyanyian yang membuatkan dirinya dipilih sebagai protege.

 ??  ?? Syeera
Syeera
 ??  ?? Adam Malek
Adam Malek
 ??  ?? Aiman Tino turut memeriahka­n pentas MM 2017 minggu lalu.
Aiman Tino turut memeriahka­n pentas MM 2017 minggu lalu.
 ??  ?? Black dan Tomok bersama protege masing-masing.
Black dan Tomok bersama protege masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia