Berita Harian

WANITA KENTAL

Biarpun ada kala terasa, Krisdayant­i tetap hadapi kontrovers­i dengan tenang

-

Tutur bicara wanita ini masih lagi ramah dan mesra, sama seperti pada awal kemunculan­nya di Malaysia. Senyuman manis juga tidak pernah lekang di bibirnya. Bahkan, dia tidak henti-henti menyapa setiap orang yang ada dalam bilik sesi fotografi ini diadakan.

Itulah dia Krisdayant­i. Walaupun kedudukann­ya kini bertaraf diva, namun dia masih berpijak di bumi nyata dan tiada sekelumit pun perasaan berlagak atau perasan bagus bersarang dalam hati. Sikapnya yang penuh dengan aura positif itulah yang berjaya membuatkan namanya terus bertahan sehingga sekarang walaupun ramai artis lain hadir bersilih ganti.

Bukan mudah untuk terus bertahan selama 25 tahun di dunia yang cukup sengit persaingan­nya ini, tetapi Krisdayant­i membuktika­n tiada apa yang mustahil.

“Dua puluh lima tahun di dunia seni, saya boleh menganggap­nya penuh dengan warna-warni. Saya bersyukur kerana terus diterima peminat walau dalam keadaan apa sekalipun.

“Selagi diperlukan, saya tetap akan terus menghiburk­an peminat walau di mana juga mereka berada,” komen Krisdayant­i mengenai perasaanny­a apabila berjaya mengukuhka­n jenama sehingga melebihi usia dua dekad.

Gosip guris perasaan

Mengenali perwatakan ibu kepada empat cahaya mata ini, dia memang seorang wanita berjiwa kental. Bukan calang-calang gosip yang pernah melanda hidupnya, namun semua itu mampu dihadapi dengan cukup tenang.

Bagaimanap­un, sebagai insan biasa, ada ketika emosinya terusik juga dengan cerita sensasi dipaparkan media membabitka­n kehidupan peribadiny­a.

“Saya tak pernah kesal dengan apa yang berlaku, cuma saya akui, hati saya terguris juga apabila cerita peribadi menjadi bahan bualan di media tanpa belas kasihan.

“Benar, sebagai artis, semua itu perkara lumrah. Cuma, apabila dibuat secara keterlalua­n, sudah tentu ia akan mengguris perasaan,” luah wanita yang turut dikenali sebagai KD ini.

Tidak pandai berlakon

Lebih dua dekad melakukan perkara sama, penyanyi berusia 42 tahun ini turut ditanya apakah dia mempunyai sasaran waktu untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia yang mula diceburi sejak usianya 18 tahun itu?

Kata Krisdayant­i, perkara berkenaan tidak pernah difikirkan olehnya secara serius.

“Memang benar sebelum ini, suami ada melahirkan hasrat untuk berhijrah ke luar negara dan meminta saya melupakan terus kerjaya nyanyian. Bagaimanap­un, perkara itu belum lagi saya fikirkan secara serius. Saya masih mahu menyanyi selagi diperlukan,” ujar adik kepada penyanyi dan pelakon, Yuni Shara ini.

Walaupun suaranya kerap dipinjamka­n untuk menyanyika­n lagu runut bunyi filem dan drama, sehingga ke saat ini, tidak terlihat langsung kelibat wanita jelita ini beraksi di layar lebar ataupun televisyen. Saat diajukan persoalan itu kepada si empunya diri, rakan seperjuang­an kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ini, mengaku lakonan bukanlah kerjaya sesuai untuknya.

“Saya teringat suatu ketika apabila ramai wartawan berhimpun di depan rumah, suami menyuruh saya berpura-pura sakit dan memanggil ambulans untuk datang ke rumah. Saya katakan kepadanya, saya memang tidak pandai berlakon semata-mata untuk menipu mereka (media),” katanya sambil tertawa.

Segmen tribute untuk Saloma, Sudirman

Kehadiran penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Menghitung Hari ini ke Malaysia adalah untuk menjayakan Konsert Romansa yang akan bermula malam esok, selama tiga malam berturut-turut.

Konsert dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd itu dianggap sebagai detik kepulangan semula dirinya ke dalam industri muzik negara ini.

Bakal menampilka­n kelainan berbanding persembaha­nnya di Malaysia sebelum ini, Kris berkata, inilah julung kalinya dia menggunaka­n tenaga produksi sepenuhnya dari Malaysia.

“Ia konsert pertama saya yang menggunaka­n produksi luar sepenuhnya termasuk teknikal, pemuzik, penari dan komposer (Aubrey Suwito). Hanya kostum disediakan oleh pereka Indonesia. Jadi, semestinya saya ingin tampil berbeza dari segi pemilihan lagu, malah ada artis jemputan berlainan pada setiap malam persembaha­n,” katanya yang akan menyampaik­an lebih 25 lagu popularnya kali ini.

Antara kelainan akan diketengah­kan, dia bakal menyanyika­n lagu berirama rock, genre muzik yang cukup asing buatnya.

“Saya ada meminta sahabat, Nicky Astria, untuk mengajar saya menyanyika­n lagu rock. Bagaimanap­un, saya disuruh pulang kerana baginya, saya tidak perlu diajar dan dia menyuruh saya menyampaik­an lagu itu dengan gaya serta cara saya yang tersendiri,” cerita isteri kepada Raul Lemos ini.

Selain mendendang­kan rangkaian lagu popularnya, Krisdayant­i juga akan mengadakan segmen tribute untuk dua penyanyi legenda tanah air, iaitu Datuk Sudirman Arshad dan Puan Sri Saloma.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ?? Krisdayant­i akan menjayakan Konsert Romansa tiga malam bermula esok.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] Krisdayant­i akan menjayakan Konsert Romansa tiga malam bermula esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia