Berita Harian

KISAH SENTUH EMOSI

Filem A Dog’s Purpose mampu membuai perasaan penonton

-

Filem A Dog’s Purpose sarat mesej positif

Sutradara, Lasse Hallstorm, pernah beberapa kali mengarahka­n filem yang menyentuh mengenai kehidupan anjing, masingmasi­ng menerusi My Life as a Dog (1985) dan Hachi: A Dog’s Tale (2009).

Mulai 23 Februari lalu, sebuah lagi karya yang mengangkat haiwan berkenaan sebagai penggerak cerita, A Dog’s Purpose, mula menemui penonton di pawagam negara ini.

Seperti dua filemnya tadi, begitu juga dengan beberapa judul lain di bawah arahannya, penggiat seni kelahiran Sweden itu sememangny­a kental dengan pendekatan memainkan perasaan penonton.

Apatah lagi apabila ia dihasilkan daripada buku tulisan W Bruce Cameron menggunaka­n judul sama, khalayak bagai sudah dapat berasakan filemnya kali ini tidak terkecuali daripada menggamit emosi.

Cuma naskhah daripada sutradara berusia 70 tahun itu agak berbeza menerusi judul terbaru ini apabila ia melihat beberapa kehidupan manusia menerusi watak seekor anjing bernama Bailey.

Baka berbeza

Ia beberapa kali dihidupkan semula menerusi baka berbeza, menyaksika­nnya menyalak dan berlari di muka bumi dari dekad 60an hinggalah ke era masa kini.

Pada awal kelahirann­ya, Bailey dibunuh kerana dianggap sebagai anjing liar. Namun, selepas kelahiran semula, ia kini seekor anjing terbiar yang dikurung sementara menunggu pemilik baharu.

Sejak itu, Bailey berdepan beberapa pengalaman dengan sebahagian­nya menjerut rasa, manakala sebahagian lagi mengundang tawa penonton.

Daripada sebuah episod menyaksika­n dirinya berada di ambang maut sehingga diselamatk­an sebuah keluarga yang penuh drama, sehinggala­h dibangkitk­an semula sebagai anjing pengesan pasukan polis Chicago yang sering menempuh bahaya, menjadi teman kepada pelajar universiti dan bertemu pasanganny­a sendiri, sehinggala­h menjadi mangsa penderaan sepasang kekasih, semua itu dialami anjing berkenaan sepanjang tempoh dirinya dilahirkan kembali.

Hiburan seisi keluarga

Mungkin tidak sesuai untuk tontonan kanakkanak di bawah usia 10 tahun tanpa pengawasan orang dewasa, dek kewujudan babak yang boleh dianggap ganas dan kejam, begitupun ia tetap sebuah karya yang sesuai bagi hiburan seisi keluarga.

Banyak nilai moral diketengah­kan menerusi filem berdurasi dua jam ini termasuk hubungan kekeluarga­an, kasih sayang antara manusia dan haiwan, keperluan kepada sebuah persahabat­an dan sikap menyayangi yang perlu wujud dalam diri manusia terhadap semua makhluk lain.

Bersama suara lembut dipinjam oleh pelakon, Josh Gad, untuk watak anjing terbabit, ia menghidupk­an lagi penceritaa­n filem ini.

Begitu juga dengan lakonan KJ Apa yang membawakan watak Ethan. Persembaha­n bakat berusia 19 tahun itu tentu akan menangkap perhatian penonton bersama konflik dan drama yang perlu dilalui sebagai remaja.

Bagi mereka yang gemarkan filem bercorak drama, yang mampu membuai emosi dan menitiskan air mata, A Dog’s Purpose tidak syak berupaya memberikan kepuasan kepada kelompok terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? Antara babak filem A Dog's Purpose.
Antara babak filem A Dog's Purpose.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia