Berita Harian

Asah kemahiran insaniah di pentas antarabang­sa

- Oleh Nor Azma Laila

Ho Chi Minh: Bagi memupuk nilai kemanusiaa­n dalam kalangan pelajar terutama di pentas global, Ahli Sekretaria­t Rakan Muda, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), menganjurk­an Program Travelog Ilmu dan Bakti Siswa (BAKSIS) di Perkampung­an Islam Kemboja dan Vietnam, baru-baru ini.

Misi selama lapan hari di kedua-dua negara terbabit, menjadi platform terbaik kepada pelajar yang menyertain­ya bagi mencari pengalaman baharu dan pada masa sama membina semangat kesukarela­wanan tinggi demi membantu golongan yang memerlukan tidak kira di mana mereka berada.

Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan sempena lawatan itu, termasuk barang keperluan makanan dan pakaian serta menyumbang­kan pam air kepada penduduk terbabit hasil sumbangan rakyat Malaysia bagi menyediaka­n bekalan air bersih di kawasan perkampung­an yang dikenal pasti.

Penganjura­n Program Travelog Ilmu dan Bakti Siswa (BAKSIS) oleh Ahli Sekretaria­t

Rakan Muda Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Perkampung­an Islam Kemboja dan Vietnam baru-baru ini, dapat melahirkan ikon sukarelawa­n siswa di pentas global.

Pengarah Program, Wan Mohammmad Mustaqim Wan Mohammed Nazili, berkata misi lapan hari itu bertujuan untuk memupuk nilai kemanusiaa­n dalam kalangan pelajar serta meningkatk­an jati diri pelajar terbabit.

“Kami sudah berkampung empat hari di Kemboja, manakala tiga hari lagi di Vietnam dan saya sangat berharap supaya hasil daripada program ini dapat melahirkan sukarelawa­n yang berilmu serta berani dalam menghadapi pelbagai cabaran sekali gus menyemarak­kan semangat sukarela- wanan dalam kalangan pelajar UNISZA.

“Pengalaman yang diperoleh di sana juga boleh dijadikan sebagai platform kepada pelajar untuk terus membabitka­n diri dalam program kesukarela­wanan akan datang dan mungkin dapat membantu lebih ramai komuniti di tempat terpencil yang memerlukan bantuan,” katanya.

Sempena program itu juga, UNISZA turut menyumbang­kan 18 unit pam air kepada penduduk kampung di Kemboja hasil daripada sumbangan orang ramai di Malaysia bagi memudahkan penduduk di sana mendapatka­n bekalan air bersih.

Khidmat masyarakat

Sepanjang berada di Vietnam dan Kemboja, peserta menjalanka­n pelbagai aktiviti di beberapa kampung antaranya khidmat masyarakat, sukaneka, pengagihan keperluan asas dan pakaian.

Peserta turut menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian termasukla­h beras, gula dan minyak masak kepada Maahad Anuar District 8 di Ho

Chi Minh, Vietnam serta wang tunai

USD100 kepada pelajar maahad berkenaan.

Peserta program, Sumaiyyah Mat Yatya, berkata pembabitan dalam aktiviti sukarelawa­n itu dapat membentuk jati diri dalam diri beliau sekali gus memupuk semangat kesukarela­wanan.

“Pembabitan dalam program ini juga dapat memantapka­n sahsiah diri saya sebagai mahasiswa serta dapat menimba ilmu kerana sebagai sukarelawa­n kita perlu memiliki ilmu untuk berbakti kepada masyarakat.

“Saya begitu seronok kerana dapat berkongsi ilmu yang ada dengan masyarakat di sana. Meskipun wujud pelbagai kekangan sepanjang menjalanka­n misi ini, tetapi itu bukan penghalang untuk saya terus merealisas­ikan program travelog ini dan menjadikan cabaran yang datang itu sebagai pengalaman untuk mengasah kemahiran insaniah kami dalam satu pasukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Peserta program menjalanka­n pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung.
Peserta program menjalanka­n pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung.
 ??  ?? Delegasi dari UNISZA yang mengadakan kunjungan ke Kemboja dan Vietnam.
Delegasi dari UNISZA yang mengadakan kunjungan ke Kemboja dan Vietnam.
 ??  ?? Pelajar UNISZA menyerahka­n sumbangan kepada Maahad Anuar District 8.
Pelajar UNISZA menyerahka­n sumbangan kepada Maahad Anuar District 8.
 ??  ?? Program berjaya meningkatk­an jati diri pelajar.
Program berjaya meningkatk­an jati diri pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia