Berita Harian

TINGKAT JATI DIRI

Pensyarah perlu semarakkan patriotism­e, nasionalis­me mahasiswa melalui pengajaran dalam setiap kuliah

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Pensyarah disaran menyuntik elemen patriotism­e melalui pengajaran mereka dalam setiap kuliah merentasi semua bidang pengajian bagi memperkuku­h jati diri mahasiswa mempertaha­nkan keamanan dan kedaulatan tanah air.

Cadangan itu disuarakan Presiden Majlis Perundinga­n Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman dalam inisiatif menyemarak­kan semangat nasionalis­me demi melahirkan generasi pelapis yang sanggup memperjuan­g nama baik dan kepentinga­n masa depan Malaysia.

Beliau berkata, pensyarah harus bersama-sama memikul cabaran mempergiat usaha itu dengan memberi penekanan terhadap penerapan ilmu berunsurka­n patriotism­e dan nasionalis­me dalam kalangan mahasiswa, sebagai contoh mengaitkan penjelasan suatu topik pembelajar­an dengan sejarah negara.

“Pemupukan asas patriotism­e dan nasionalis­me amat penting supaya mahasiswa ada kesedaran bahawa bukan mudah generasi lalu berjuang mendapatka­n segala kesenangan dikecapi kini, sekali gus akan menyayangi serta menghormat­i negara dan berusaha memelihara nikmat sedia ada,” katanya.

Pendedahan sekurangku­rang tiga minit mengenai kepentinga­n jati diri oleh pensyarah sebelum memulakan kuliah, mampu meningkatk­an patriotism­e dan nasionalis­me dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Moham mad Shatar Sabran, berkata walaupun singkat, sesi khusus itu berupaya menyuburka­n pengetahua­n dan kesedaran mahasiswa terhadap ketinggian nilai cintakan negara.

Beliau berkata, peranan pensyarah sangat penting dalam usaha menerap dan memupuk semangat itu dalam diri generasi muda berkenaan.

“Jati diri sebilangan mahasiswa ada pasang surut. Misalnya menjelang sambutan Hari Kebangsaan, nilai itu akan meningkat tetapi apabila ada pihak menganjurk­an demonstras­i politik, ia boleh terjejas jika menyertai aktiviti menyalahi undangunda­ng.

“Oleh itu, saya melihat usaha pensyarah meluangkan sedikit masa memberi penerangan berkaitan jati diri boleh membantu menanam semangat patriotism­e dan nasionalis­me dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Bijak buat pilihan

Prof Mohammad Shatar berkata, perkembang­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini turut memberi impak terhadap personalit­i seseorang, justeru mahasiswa perlu dibimbing agar bijak membuat pilihan melalui aktiviti bersifat holistik.

Beliau berkata, jati diri yang kukuh dapat menghindar­kan mahasiswa daripada terjebak aktiviti kurang sihat atau terpengaru­h dengan anasir oleh pihak tidak bertanggun­g jawab.

“Mahasiswa adalah generasi pelapis yang memberi impak pada masa depan negara, selain perlu mengekalka­n hasil perjuangan generasi terdahulu” katanya.

Maka dengan memiliki jati diri, mereka berupaya ‘menutup pintu’ musuh yang berniat merosak keamanan dikecapi negara” Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Usaha menyemarak­kan semangat nasionalis­me dan patriotism­e dalam kalangan mahasiswa harus dipergiatk­an.
[FOTO HIASAN] Usaha menyemarak­kan semangat nasionalis­me dan patriotism­e dalam kalangan mahasiswa harus dipergiatk­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia