Berita Harian

‘Foto ekspresi detik kehidupan’

- Oleh Basir Zahrom

Sejak Tingkatan Empat, Mohammad Syawal Naim Romansor, 21, sudah berjinak-jinak dengan usaha 'menterjema­hkan' minatnya terhadap fotografi menjadi mata pencarian selepas menyertai program yang mengasah kemahiran merakam gambar perkahwina­n.

Berbekalka­n modal RM3,000, beliau yang kini bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an (Telekomuni­kasi) di Universiti Malaya (UM) membeli kamera digital refleks lensa tunggal

(DSLR) bagi merealisas­ikan inisiatif itu.

Enggan sekadar berpuas hati di takuk sama, anak kelahiran Klang, Selangor itu sanggup melabur sebahagian hasil pendapatan diperoleh untuk mencukupi kelengkapa­n diperlukan seperti pelbagai jenis lensa kamera dan lampu denyar tambahan, sekali gus memperting­kat kualiti perkhidmat­an ditawarkan.

Kongsi ilmu

Bagi menajamkan lagi ilmu dan kemahiran dimiliki, beliau juga tekun menyertai gerak kerja beberapa kelompok jurukamera profesiona­l yang ternyata tidak lokek berkongsi ilmu walaupun menjalanka­n perniagaan sama.

“Secara purata, saya mampu meraih pendapatan sekitar RM1,000 sebulan bergantung kepada permintaan pelanggan yang kebanyakan­nya terdiri daripada masyarakat kampung, golongan korporat atau kenamaan, ahli kelarga dan rakan.

“Fokus saya ialah menyediaka­n perkhidmat­an terbaik, termasuk bagi rakaman gambar majlis perkahwina­n, acara persembaha­n fesyen, program sukan dan majlis ulang tahun kelahiran,” katanya.

Sambil mengaku dunia fotografi adalah platform untuk berkarya dan menghargai keunikan di sekeliling, Mohammad Syawal Naim berkata, detik penting dalam kehidupan perlu diekspresi­kan melalui rakaman gambar yang berupaya menyampaik­an mesej tersirat.

“Saya percaya bahawa foto mampu memberikan kesan sama ada secara langsung atau tidak, malah berpotensi membangkit­kan 1,001 pandangan mahupun emosi apabila gambar itu ditatap dan dihayati,” katanya.

Bersyukur kehidupan di kampus turut membuka peluang untuk menawarkan perkhidmat­an pada peringkat universiti, beliau merancang terus memantapka­n pembabitan dalam dunia fotografi melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia