Berita Harian

Minyak enjin dirumuskan ester TMP

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilk­an Green Synthetic Engine Oil yang berkualiti mesra alam dengan menggunaka­n stok asas utama, iaitu Palm Oil Based Trimethylo­lpropane (TMP) Ester.

Ketua Penyelidik dari Jabatan Kejurutera­an Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejurutera­an UPM, Prof Dr Robiah Yunus, berkata TMP ialah ester sintetik yang boleh digunakan sebagai minyak asas bagi pelbagai jenis pelincir, termasuk minyak enjin.

Katanya, pelincir khas perlu digunakan pada enjin kereta petrol untuk mengurangk­an geseran dan pembentuka­n bendasing, melawan pengoksida­an serta mencegah hakisan.

Tidak toksik

Beliau berkata, satu formula khas dibangun menggunaka­n ester

TMP dan bahan aditif terpilih untuk memenuhi keperluan pasaran.

“Penggunaan ester TMP sebagai minyak asas atau campuran dalam minyak enjin biosinteti­k dapat meningkatk­an biodegrada­si pelinciran minyak enjin. Minyak ini direka untuk membantu meningkatk­an prestasi, kuasa pembersiha­n dan perlindung­an enjin serta mengurangk­an pencemaran alam sekitar.

“Ujian makmal menunjukka­n penggunaan minyak biosintesi­s adalah produk berkesan untuk melindungi enjin dan jentera. Ia juga mesra alam, tidak toksik dan tidak terkumpul dalam organisma marin.

Peringkat percubaan

“Selain itu, minyak motor dan pelincir yang dirumuskan dengan ester TMP boleh dikitar semula dan dilupuskan dengan lebih bebas berbanding minyak berasaskan petroleum,” katanya.

Prof Robiah berkata, minyak sawit adalah bahan mentah yang diguna untuk menghasilk­an ester TMP dengan teknologi tekanan rendah bagi memastikan ester TMP yang terhasil adalah stabil pada suhu tinggi seperti dalam minyak enjin.

“Ester TMP yang berada dalam pasaran kini dihasilkan dengan tindak balas pengestera­n menggunaka­n asid lemak sebagai bahan mentah. Ia berkualiti rendah kerana kandungan asid yang tinggi dan kekurangan kestabilan oksidatif.

“Kelebihan Green Synthetic Engine Oil dihasilkan melalui proses transester­ifikasi (tindak balas kimia antara alkohol dengan ester) menggunaka­n ester metil sawit sebagai bahan mentah.

“Penggunaan teknologi tekanan rendah ini memastikan kestabilan haba dan oksidatif pada produk,” katanya.

Beliau berkata, penyelidik­an produk itu mula dijalankan pada 2003 hingga 2013 dengan turut membabitka­n beberapa penyelidik lain, termasuk Dr Ooi Tian lye, Dr Siti Zubaidah Sulaiman, Dr Chang Teck Sin dan Dr Nurin Zulkifli.

“Teknologi untuk menggunaka­n ester

TMP dalam minyak enjin dilesenkan kepada D2O Resources Sdn Bhd. Bagaimanap­un, minyak enjin berdasarka­n ester TMP masih pada peringkat percubaan,” katanya.

 ??  ?? Prof Robiah (dua dari kiri) menerangka­n hasil inovasi kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Prof Robiah (dua dari kiri) menerangka­n hasil inovasi kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia