Berita Harian

UTM, IJN jalin kerjasama R&D perubatan

- Oleh Nurul Amanina Suhaimi

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalin kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membangunk­an penyelidik­an kardiovask­ular, sistem kawalan dan rawatan pesakit diabetes.

Menerusi kerjasama itu, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) khusus turut dijalankan bagi program pemprosesa­n pangkalan data pesakit, di samping perkongsia­n pengetahua­n mengenai bidang berkaitan.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, berkata universiti itu berperanan menyumbang kepakaran kejurutera­an melalui R&D, manakala IJN menyediaka­n nasihat pakar perundinga­n perubatan, termasuk menjadi tempat ujian klinikal.

Fasa pertama

Beliau berkata, UTM dan Pusat Kejurutera­an Kardiovask­ular (IJN-UTM) ditubuhkan sejak 2013 bagi membangunk­an sistem penyampaia­n perubatan lebih berkesan, sekali gus mengembang­kan keberkesan­an dan kesesuaian­nya ke peringkat lebih tinggi.

“Antara pencapaian usaha sama ini ialah perolehan geran RM8.3 juta bagi penyelidik­an tempatan dan antarabang­sa, selain menjana pendapatan RM970,749 dan menghasilk­an 323 penerbitan jurnal saintifik, 36 harta intelek (paten, hak cipta) serta satu produk yang dikomersia­lkan.

“Kerjasama ini diperkukuh­kan dengan penganuger­ahan geran penyelidik­an RM100,000 bagi pelaksanaa­n projek bertajuk ‘Penyampaia­n Insulin Secara Berterusan Menerusi Microfluid­ik Transderma­l (lapisan kulit)’.

“Projek fasa pertama bagi tempoh setahun ini dijangka memberi banyak manfaat, terutama kepada pesakit diabetes menerusi penghasila­n ubat lebih baik bagi penerima insulin dengan kadar sepatutnya,” katanya.

Peranti perubatan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara universiti itu dengan IJN di Fakulti Biosains dan Kejurutera­an Perubatan UTM di sini, barubaru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, dan Timbalan Naib

Canselor (Penyelidik­an dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia