Berita Harian

UNIMAP raih kejayaan penuh pada MTE 2017

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) meraih kejayaan 100 peratus pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2017 yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, barubaru ini.

Dekan Pusat Pengurusan Penyelidik­an dan Inovasi (PPPI) UNIMAP, Prof Dr Syed Alwee Al Junid Syed Junid, berkata delegasi universiti itu memenangi tiga pingat emas, tujuh perak dan sembilan gangsa, selain meraih satu Anugerah

Merit menerusi Prof Madya Dr Zainab Hamzah.

“Ketigatiga produk yang meraih pingat emas turut mendapat Anugerah Penyelidik Terbaik dan Anugerah Khas Antarabang­sa.

“Anugerah Penyelidik Terbaik diraih hasil penyelidik­an ‘Robust Green Composite Solder Paste’ oleh Dr Norainiza Saud dan produk ‘Energy Management System Controller’ hasil kajian Ir Dr Rosnazri Ali.

“Satu lagi produk penyelidik­an UNIMAP, ‘Portable Room Temperatur­e Gas Sensor Utilizing rgo’ hasil inovasi Dr Muhammad Mahyiddin Ramli memperoleh Anugerah Khas daripada delegasi Croatia,” katanya.

Penyelidik muda

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Presiden Persatuan Saintis Penyelidik­an Malaysia (MARS), Dr Wan Manshol Wan Zin.

Mengulas lanjut, Prof

Syed Alwee Al Junid berkata, penyertaan UNIMAP pada MTE 2017 lebih tertumpu kepada produk dihasilkan penyelidik muda.

Katanya, beliau percaya pendedahan diberikan itu dapat memupuk minat lebih mendalam terhadap bidang penyelidik­an.

“Kumpulan ini diharap akan menghasilk­an lebih banyak teknologi baharu selaras hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.

Pada majlis sama,

Prof Syed Alwee Al Junid dianugerah­kan Outstandin­g Inventor Award atas pencapaian beliau meraih pelbagai kejayaan sepanjang menyertai MTE dan sebagai menghargai sumbangann­ya yang aktif membantu penyelidik memasuki pertanding­an seperti MTE.

 ??  ?? Prof Syed Alwee Al Junid (kiri) menerima anugerah daripada Dr Wan Manshol pada MTE 2017.
Prof Syed Alwee Al Junid (kiri) menerima anugerah daripada Dr Wan Manshol pada MTE 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia